ORGANISASI JPP IPGKPM 2010/2011

ORGANISASI JPP IPGKPM 2010/2011

TAKLIMAT HARI PEMBUANGAN UNDI PILIHAN RAYA JPP IPGK PM SESI 2011/2012

Posted by JPPIPGKPM on 2:58 PM

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga kampus. Di sini dimaklumkan makluman penting sempena hari pembuangan undi pilihan raya kampus JPP IPGK PM sesi 2011/2012 yang akan berlangsung pada 21 Januari 2011. Makluman untuk semua pemilih yang layak untuk membuang undi.

1- Perhimpunan pada hari Jumaat tidak dijalankan.

2- Guru pelatih boleh terus ke tempat mengundi yang telah ditetapkan. Bagi PISMP ambilan Jan 2009 dan PISMP ambilan Jan 2010 akan dijalankan di Dewan Srikandi manakala PISMP ambilan Jan 2011 dan PPISMP ambilan Jun 2010 akan di Dewan Tun Fatimah.

3- Meja pendaftaran akan dibuka pada jam 7.45 pagi. Guru pelatih dikehendaki membawa kad pengenalan untuk pendaftaran sebagai pemilih.

4- Kuota pemilihan calon bagi setiap ambilan untuk melakukan pembuangan undi ialah :
PISMP ambilan Jan 2009 = 10 orang
PISMP ambilan Jan 2010 = 10 orang
PISMP ambilan Jan 2011 = 10 orang
PPISMP ambilan Jun 2010 = 6 orang

5- Sesi kuliah berjalan seperti biasa mengikut jadual yang telah ditetap. Setelah membuat pembuangan undi, guru pelatih perlu terus ke bilik kuliah masing-masing.

6- Guru pelatih dikehendaki mematuhi peraturan yang tealh ditetapkan oleh pihak Jawatankuasa Pilihan Raya Kampus IPGK PM sewaktu sesi pembuangan undi dijalankan.

7- Guru pelatih yang tidak hadir sewaktu pembuangan undi dijalankan akan diambil tindakan.

8- Bagi guru pelatih yang sudah berumur 21 tahun ke atas, anda boleh membuat pendaftaran sebagai pemilih SPR di bilik N1 dan N2. Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya cawangan negeri Melaka akan turut serta dalam suasana PRK IPGK PM kali ini untuk membuka kaunter pendaftaran pemilih.

9- Pengisytiharaan calon-calon yang menang bertanding akan dijalankan di blok kediaman (Cempaka Sari, Lela Sari, Dang Wangi dan Dang Anum) pada jam 1 petang.

10- Sebarang masalah atau kemusykilan, sila rujuk :

Cik Norzarina bt Kamarudin,(PISMP Sains ambilan Jan 2008)
Pengerusi,
Jawatankuasa Pilihan Raya Kampus,
IPGK PM sesi 2011/2012.

Cik Salwa bt Sapee, (PISMP Kajian Sosial ambilan Jan 2008)
Naib Pengerusi,
Jawatankuasa Pilihan Raya Kampus,
IPGK PM sesi 2011/2012.

Cik Nur Zatul Itri bt Abdul Aziz, (PISMP Matematik ambilan Jan 2008)
Setiausaha,
Jawatankuasa Pilihan Raya Kampus,
IPGK PM sesi 2011/2012.

Cik Hasniza bt Abdul Rahman, (PISMP Pendidikan Khas 2 ambilan Jan 2008)
Naib Setiausaha,
Jawatankuasa Pilihan Raya Kampus,
IPGK PM sesi 2011/2012.

Harap maklum.

*IMAN*ILMU*INTEGRITI*

JAWATANKUASA PILIHANRAYA KAMPUS IPG KPM SESI 2011/2012

Posted by JPPIPGKPM on 3:33 PM
Bermula 17/Januari/2011 hingga 28/Januari/2011 berlangsungnya Pilihan Raya Kampus Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka bagi sesi 2011/2012. Jawatankuasa Pilihan Raya Kampus telah dibentuk dan terdiri dalam kalangan guru pelatih semester 7 ambilan Januari 2008. Jawatankuasa Pilihan Raya Kampus yang telah dilantik oleh Pn Hajah Noor Hayatee bt Md Nor merangkap pendaftar Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG KPM. Jawatankuasa Kerja Pilihan Raya Kampus yang dilantik adalah seperti berikut :

PENDAFTAR
PN HJH NOOR HAYATEE BT MD. NOOR (Pengarah IPG KPM)

KETUA PENASIHAT
DATIN SITI HANIFAH BT MADARSA (Timbalan Pengarah IPG KPM)

TIMBALAN KETUA PENASIHAT
DR HJ MIHAT B DOLAH (KJ HEP IPG KPM)

PENASIHAT
PN HJH NORAIDAH BT YAAKUB (Unit Kepimpinan JHEP)

PENGERUSI
CIK NORZARINA BT KAMARUDIN (PISMP Sains Jan ’08)

NAIB PENGERUSI
CIK SALWA BT SAPEE’ (PISMP Kajian Sosial Jan ’08)

SETIAUSAHA
CIK NUR ZATUL ITRI BT ABDUL AZIZ (PISMP Matematik Jan ’08)

NAIB SETIAUSAHA
CIK HASNIZA BT ABDUL RAHMAN (PISMP Pendidikan Khas 2 Jan ’08)

BIRO-BIRO

BIRO PENAMAAN CALON
K : CIK RAHMAH BT BASRI (PISMP PK1 Jan '08)
P : CIK NURUL AIN BT YAACOB (PISMP PK1 Jan '08)
A : UNIT PK1 Jan '08

BIRO KEMPEN/MENIFESTO PRK
K : CIK NUR FARADILLA BT KAMAL (PISMP Sains Jan '08)
P : CIK JANNATUN NAEMAH BT MOKHNI (PISMP Sains Jan '08)
A : UNIT SAINS Jan '08

BIRO TEMPAT MENGUNDI&PENDAFTARAN
K : CIK NUR SYAFAWATI BT ABDUL HALIM (PISMP PK1 Jan '08)
P : CIK NUR ASILAH BT ABDULLAH (PISMP PK2 Jan '08)
A : UNIT PK2 Jan '08

BIRO PENGIRAAN UNDI
K : CIK NUR AFIFAH BT MOHAMED SALLEH (PISMP Matematik Jan '08)
P : CIK SITI FATIMAH ZAHARA BT MD YUSUF (PISMP Matematik Jan '08)
A : UNIT MATEMATIK Jan '08

BIRO KERTAS UNDI &PETI UNDI
K : CIK NUR SYAIRAH BT ZAILUDDIN (PISMP Matematik Jan '08)
P : CIK ROHIMAH BT MOHD DAHALAN (PISMP PK3 Jan '08)
A : UNIT PK3 Jan '08

BIRO TUGAS-TUGAS KHAS
K : CIK NUR AMIRAH BT MOHD YUSOF (PISMP Kajian Sosial Jan '08)
P : CIK NURUL AZILA BT ZARUL FUAD (PISMP Kajian Sosial Jan '08)
A : UNIT KS Jan '08

Selamat menjalankan tugas. Semoga segala urusan berjalan lancar.
* K - ketua, P - Penolong, A - Ahli Biro

Jujur, Amanah, Integriti

SESI DIALOG GURU PELATIH DENGAN PENGUSAHA

Posted by JPPIPGKPM on 3:16 PM
Pada malam ini akan diadakan sesi dialog guru pelatih IPG Kampus PM bersama pihak pengurusan keselamatan, pengurusan kebersihan dan pengurusan kafeteria di Balai Islam Saidatina Aisyah (BISA) selepas solat Isyak. Semua warga IPG khususnya guru pelatih perlu hadir dalam sesi tersebut. Jadikan ini medan untuk anda menyuarakan segala pandangan dan penambahbaikkan untuk keselesaan bersama. Gunakan peluang ini sebaiknya. Pihak warden dan pengurusan tertinggi IPGK PM akan turut hadir. Harap maklum.

MALAM TANGKAS SRIKANDI

Posted by JPPIPGKPM on 2:53 PM
Pada Isnin yang lalu bersamaan 10 Januari 2011, Biro Perhubungan Luar JPP telah menjalankan program Malam Tangkas Srikandi sempena MINGGU SRIKANDI yang akan dijalankan pada bulan April nanti. Program ini merupakan program pembukaan atau pra MINGGU SRIKANDI yang akan dijalankan dengan hasil kolaborasi JPP 2010/2011 dan JPP 2011/2012. Program ini juga merupakan hasil kerjasama dengan Persatuan Silat Cekak Malaysia di peringkat kampus dan cawangan Negeri Melaka.

Program yang bermula pada jam 9 malam dihadiri oleh Timbalan Pengarah IPGK PM, Datin Siti Hanifah bt Madarsa merangkap Ketua Penasihat JPP, wakil dari Persatuan Silat Cekak Malaysia Negeri Melaka, Yang Di Pertua JPP Cik Norzarina bt Kamarudin, ahli cilat cekak UiTM Kampus Bandaraya serta guru pelatih IPGK PM. Persatuan Silat Cekak Malaysia peringkat IPGK PM mengambil peluang ini untuk membuka peluang bagi guru pelatih yang berminat untuk mendaftar.

Malam Tangkas Srikandi ini merupakan salah satu usaha untuk memartabatkan lagi seni pertahanan diri di samping memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengetahui kepentingan sebenar seni pertahanan diri. Hal ini kerana, seni pertahanan diri bukan sahaja sekadar minat dan hobi malahan ia sudah menjadi keperluan pada setiap guru pelatih terutamanya guru pelatih wanita. Pengisian program ini ialah taklimat berkenaan Silat Cekak Malaysia, demonstrasi dan sesi soal jawab.

Suasana MALAM TANGKAS SRIKANDI

kehadiran Timbalan Pengarah IPGK PM,
wakil Persatuan Silat Cekak Malaysia cawangan Melaka & YDP JPP

pameran

ucapan wakil persatuan silat cekak cawangan Melaka

kehadiran tetamu



demonstrasi







YDP-Pengerusi BPL-Pengerusi PSCM-NYDP2
terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
moga program ini bermanfaat bagi kita semua

UNIT PRAKTIKUM IPGK PM

Posted by JPPIPGKPM on 10:46 PM
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua warga kampus PM. Semoga kehidupan dan sesi kuliah di kampus terus berjalan dengan lancar dan seperti yang dirancang. Di maklum semua guru pelatih yang akan menjalani sesi praktikum di sekolah untuk semester 1 sesi 2011 boleh melihat maklumat terkini dari unit praktikum dari semasa ke semasa dengan melayari laman sesawang unit praktikum IPGK PM. Bahan-bahan praktikum boleh di dapati di laman sesawang ini. Termasuk guru pelatih yang akan menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) atau guru pelatih KDC yang terlibat secara langsung dengan unit praktikum. Guru pelatih juga boleh berinteraksi secara maya dan terus dari unit praktikum sendiri di laman tersebut. Gunakan medium ini sebaik mungkin dan secara bijak. KLIK DI SINI atau boleh lihat pada pautan di tepi laman sesawang ini.

Pihak JPP sesi 2010/2011 mengucapkan SELAMAT MENJALANI PRAKTIKUM kepada semua guru pelatih KPLI dan B.Ed TESL IPGK PM/UIA yang akan bermula pada minggu hadapan. Semoga latihan praktikum ini memberi peluang untuk guru pelatih mempersiapkan diri sebelum melangkah ke medan sebenar profesion perguruan.

PERUBAHAN CUTI SEMESTER SESI 2011

Posted by JPPIPGKPM on 10:30 PM
IPG Kampus Perempuan Melayu
75400 Durian Daun, Melaka. 10 Januari 2011
_______________________________________________
MEMO DALAMAN
_______________________________________________
Kepada : Semua Warga IPG Kampus Perempuan Melayu
Daripada : KJ JHEP
Perkara : Cuti IPG KAMPUS PM 2011
_______________________________________________
“1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

Tuan/Puan,

Merujuk kepada arahan terbaharu IPG Induk bertarikh 6 Januari 2011 dengan rujukan KP(IPG)8585/100/1/1(1) menetapkan IPG Kampus tidak lagi diberi peruntukkan Cuti Peristiwa dan Cuti Ganti. Sehubungan dengan itu cuti IPG Kampus akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh
29/1/2011 - 6/2/2011 Cuti Pertengahan Semester
12/3/2011 - 20/3/2011 Cuti Pertengahan Semester
28/5/2011 - 19/6/2011 Cuti Semester
27/8/2011 - 4/9/2011 Cuti Pertengahan Semester
22/10/2011 - 30/10/2011 Cuti Pertengahan Semester
19/11/2011 – 3/1/2012 Cuti Semester


2. Segala kesulitan yang tuan/puan hadapi amat-amat dikesali.

3. Maklumat ini bagi memudahkan perancangan dan tindakan pihak tuan/puan. Semoga tuan/puan dapat bertindak segera demi kecemerlangan IPG Kampus Perempuan Melayu.

Sekian, terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
”CINTAILAH BAHASA KITA”

Saya yang menurut perintah



(MIHAT BIN DOLAH)
Ketua Jabatan
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
IPG Kampus Perempuan Melayu
Melaka.

KHABAR 2011

Posted by JPPIPGKPM on 1:53 AM

SELAMAT PULANG KE KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA BUAT SEMUA GURU PELATIH. SELAMAT MEMULAKAN PENGAJIAN UNTUK SEMESTER 1 BAGI SESI KULIAH TAHUN 2011. SEMOGA KEHADIRAN KE KAMPUS UNTUK TAHUN BAHARU INI MEMBERI MAKNA YANG SEBENAR TENTANG APA ITU 'GURU'. BELAJAR DI SEBALIK KESULITAN YANG ADA UNTUK MEMUDAHKAN PERJALANAN YANG LEBIH LUAS.DI SINI PERMULAAN SEGALANYA.

PROGRAM TITIPAN NALURI BERSAMA TPM

Posted by JPPIPGKPM on 8:32 PM
Pada 25 Oktober 2010 yang lalu, telah berlangsung Program Titipan Naluri bersama Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pelajaran Malaysia. Program ini berlangsung sejurus selepas perasmian SEAMEO SAN dan bangunan baharu di Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka. Program ini telah dihadiri oleh semua guru pelatih IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka, wakil guru pelatih IPG Kampus Tun Hussein Onn, Johor, IPG Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan, IPG Kampus Teknik, IPG Kampus Ilmu Khas, IPG Kampus Pendidikan Islam dan IPG Kampus Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur.
ketibaan Tan Sri Muhyidin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Perasmian Bangunan Baharu IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

Perasmian SEAMEO SAN

Program ini merupakan program kali pertama yang menemukan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia bertemu muka bersama guru pelatih keluaran Institut Pendidikan Guru. Menerusi program satu jam setengah ini, telah diadakan diadakan sesi titipan naluri dari TPM, sesi soal jawab guru pelatih bersama TPM, ucapan penghargaan yang diwakili oleh Cik Norzarina bt Kamarudin, Yang Di Pertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka dan penyerahan cenderahati daripada guru pelatih kepada TPM.
Sesi TITIPAN NALURI bersama guru pelatih

Sesi soal jawab bersama TPM

Ucapan penghargaan dari YDP JPP IPG KPM, Melaka

Penyampaian cenderahati



Dalam amanat yang disampaikan oleh Tan Sri Muhyyidin Yassin kepada guru pelatih, Tan Sri sangat menekankan tentang kualiti guru pelatih yang akan menerajui profesion keguruan di Malaysia. Selain menimba seberapa banyak ilmu pengetahuan semasa di IPG, Tan Sri Muhyiddin mahukan guru pelatih lebih kreatif dan inovasi dalam bidang pendidikan. Tan Sri juga meletakkan harapan yang tinggi pada guru pelatih untuk menjadi yang lebih cemerlang dalam kalangan guru pelatih yang cemerlang.

TPM merangkap Menteri Pelajaran bersama JPP

GURU LELAKI, WANITA SEIMBANG

Posted by JPPIPGKPM on 8:25 PM
MELAKA: Kerajaan akan mengambil langkah sesuai secara berperingkat bagi menambah pengambilan guru lelaki untuk memastikan nisbahnya seimbang sekali gus amanah mendidik anak bangsa tidak terpikul di bahu guru wanita saja.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata nisbah pengambilan guru lelaki dan wanita akan diselaraskan mengikut keperluan selepas mendapati wanita terus mendominasi profesion berkenaan ketika ini.
Katanya, berdasarkan kepada 34,712 pelatih guru yang sedang menuntut di 27 Institut Pendidikan Guru (IPG) seluruh negara, 22,805 membabitkan pelatih wanita berbanding 11, 907 lelaki.

“Kerajaan tidak menafikan peranan kaum Hawa yang lebih ramai memilih bidang keguruan ini, tetapi kami juga memerlukan peranan guru lelaki untuk memantapkan institusi pendidikan negara yang berdepan cabaran besar untuk membentuk modal insan lebih cemerlang pada masa akan datang,” katanya ketika menyampaikan amanat sambil berdialog dengan 2,000 pelatih guru dalam program Titipan Naluri Institut Pendidikan Guru (IPG) Melaka, Johor dan Negeri Sembilan, di IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka di sini, semalam.

Sebelum itu, Muhyiddin merasmikan Pusat Serantau Persidangan Menteri-Menteri Pelajaran Asia Tenggara mengenai pendidikan khas (SEAMEO SEN) dan tiga blok bangunan tambahan empat tingkat IPG Kampus Perempuan Melayu berharga RM50 juta bagi menampung keperluan 2,500 pelatih serta menambah kemudahan infrastruktur di IPG yang dulunya dikenali Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka yang dibuka sejak 1935.

Ketika sesi dialog, Muhyiddin berkata, dasar mengukuhkan bahasa Inggeris dalam pengajaran Matematik dan Sains yang akan dilaksanakan mulai tahun depan tanpa meminggirkan penggunaan Bahasa Melayu dalam subjek berkenaan.
“Kerajaan sebaliknya mahu guru mata pelajaran berkenaan memantapkan penguasaan kedua-dua bahasa itu supaya memudahkan penyampaian ilmu dengan lancar dan berkesan dalam setiap masa sesuai dengan perubahan dasar yang dilakukan kerajaan,” katanya.

Selain itu, Muhyiddin mahu guru membina jaringan, berkongsi model amalan terbaik dan mencetus idea inovatif dengan warga pendidik negara Asia Tenggara selepas Malaysia dipilih sebagai SEAMEO SEN.

Katanya, jalinan kerjasama itu bagi merumus dasar dan strategi yang lebih berkesan untuk mencapai hasrat merapatkan jurang jantina dalam pendidikan dan menyediakan program pendidikan khas yang lebih berkualiti.

Timbalan Perdana Menteri berkata, penubuhan SEAMEO SEN juga selaras dengan komitmen kerajaan meningkatkan kualiti pendidikan khas di Malaysia selain matlamat utama pusat itu untuk memastikan setiap kanak-kanak mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti serta memiliki peluang yang sama menikmati hasil pembangunan sosio-ekonomi.

“Selain daripada itu, penubuhan pusat ini turut menjadi wadah terbaik kepada wakil dari negara anggota SEAMEO berbincang dan merumuskan kaedah paling berkesan untuk menangani jurang pendidikan antara jantina serta mewujudkan program sokongan peralihan bagi kanak-kanak dengan keperluan asas.

“Saya yakin matlamat pendidikan untuk semua akan tercapai sepenuhnya apabila kedua-dua perkara itu dapat ditangani dengan baik, " katanya.

HAJI MABRUR

Posted by JPPIPGKPM on 1:30 AM
Hari ini, ribuan muslimin dari seluruh penjuru dunia mulai atau sedang mempersiapkan perjalanan menuju Mekah, Saudi Arabia guna menunaikan ibadah Haji yang merupakan rukun islam yang ke lima. Pada puncak ibadah haji, jutaan orang akan melakukan tawaf mengelilingi Kaabah melantunkan kata dan doa penuh pujian dan bukti ketundukan kepada Allah penguasa alam. Mereka memenuhi panggilan Allah melalui Nabi Ibrahim dan mengikuti ritual yang ditunjukkan ribuan tahun silam.

Dengan kesempatan yang ada, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar mengucapkan SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH HAJI kepada seluruh bakal-bakal haji Malaysia umumnya dan pensyarah-pensyarah IPG Kampus Perempuan Melayu khasnya. Seramai 6 orang pensyarah IPG Kampus PM akan berada di Mekah selama sebulan untuk memenuhi tuntutan rukun Islam yang kelima ini. Didoakan agar kalian sentiasa dalam keadaan kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan apabila di sana.
Wahai jamaah haji, bersungguh-sungguhlah agar anda termasuk dari mereka yang disabdakan rasul  : "Barangsiapa yang menunaikan haji dan ia tidak berbuat rafats ataupun kefasikan, maka ia kembali seperti ia dilahirkan dari perut ibunya" (H.R Bukhari dan Muslim), maksudnya tanpa dosa. Berkata Ibnu Hajar : Dzahir (hadits) menunjukkan pengampunan dosa kecil maupun besar. Wahai jamaah haji, nabi  bersabda : "Haji yang mabrur tidak ada balasannya melainkan syurga" (H.R Muslim)

PERHIMPUNAN BULANAN & MAJLIS JAMUAN AIDILFITRI MUHIBBAH 1 MALAYSIA

Posted by JPPIPGKPM on 11:58 PM
Pada 1 Oktober 2010(Jumaat) yang lalu telah diadakan Perhimpunan Bulanan Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka Bil 4/2010. Perhimpunan tersebut telah diadakan di Dewan Srikandi dibawah anjuran Jabtan Pendidikan Islam dan Moral(JAPIM) bersama Jabatan Hal Ehwal Pelajar(JHEP)IPG Kampus Perempuan Melayu. Ini merupakan perhimpunan bulanan yang terakhir bagi semester ini. Antara agenda dalam perhimpunan bulanan kali ini ialah Bacaan Al-'Asma Al-Husna, Bacaan Ikrar, Ucapan YDP JPP, Ucapan Pengerusi Pengelola Perhimpunan Bulanan, Ucapan Timbalan Pengarah Kampus, Penyampaian Anugerah Puisi Merdeka peringkat Negeri Melaka, Persembahan Guru Pelatih, Titipan Naluri dan diakhiri dengan nyanyian lagu. Perhimpunan kali ini juga melibatkan semua warga kampus termasuk staf akademik dan staf sokongan.
Ketibaan Pengarah & Timbalan Pengarah IPG Kampus PM

Barisan VIP perhimpunan

Bacaan Ikrar(Ikrar Rukun Negara, Ikrar Perkhidmatan Awam Malaysia, Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam)

Penyampaian Hadiah kepada guru pelatih yang telah memenangi Anugerah Puisi Merdeka

Persembahan Choral Speaking Aidilfitri daripada guru pelatih unit TESL

Majlis diteruskan lagi dengan Majlis Jamuan Aidilfitri Muhibbah 1 Malaysia. Majlis jamuan ini diadakan di perkarangan Anjung Hikmah. Ketua Menteri Melaka yang sepatutnya merasmikan majlis jamuan ini tidak dapat hadir atas keperluan negeri yang lebih utama. Oleh yang demikian, beliau telah menghantar wakil untuk bersama-sama dengan warga kampus dalam memeriahkan lagi suasana majlis. Majlis jamuan ini telah dianjurkan oleh Kelab Staf IPG Kampus PM dipengerusikan oleh En Sazali b Kadlan, pensyarah Jabatan Teknologi Pendidikan.Selain itu juga, majlis ini meraikan pensyarah-pensyarah yang akan menunaikan haji pada tahun ini. Disamping itu juga, kelab staf mengadakan majlis sambutan hari lahir bagi pensyarah yang lahir pada bulan Oktober, November dan Disember. Tema bagi Majlis Jamuan ini ialah warna Merah atau Kuning. Majlis ini turut dihadiri oleh badan-badan kerajaan negeri, pembekal-pembekal barang, Guru Besar dan Pengetua sekolah berhampiran serta JKKK Kampung yang berhampiran kampus.

Guru pelatih yang bertugas untuk persiapan jamuan

JK Pelaksana yang terlibat

Menunggu ketibaan VIP

Pensyarah-pensyarah lelaki

Ketibaan wakil Ketua Menteri Melaka

Suasana majlis

Ceria Aidilfitri

Ceria Merah + Kuning

Tetamu Jemputan

Pensyarah-pensyarah yang akan menunaikan haji

Sambutan Hari Lahir Pensyarah

Menjamu selera

Suasana majlis

Penyampaian cenderahati kepada VIP

CUTI UMUM KHAS NEGERI MELAKA

Posted by JPPIPGKPM on 9:54 PM
DIMAKLUMKAN BAHAWA ESOK, 21 OKTOBER 2010 (KHAMIS) MERUPAKAN CUTI UMUM KHAS BAGI NEGERI MELAKA SEMPENA PENGISYTIHARAN MELAKA MAJU 2010 PADA MALAM INI DI STADIUM HANG JEBAT. OLEH ITU, ESOK ADALAH CUTI BAGI IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU. DIHARAPKAN SEMUA GURU PELATIH DAPAT MEMENUHI CUTI DENGAN PENGISIAN YANG BERFAEDAH. BOLEH DAPAT MAKLUMAN LANJUT DENGAN MERUJUK DISINI.

JADUAL PEPERIKSAAN NOVEMBER 2010 IPG

Posted by JPPIPGKPM on 8:49 PM

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU PELATIH IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA. DIMAKLUMKAN BAHAWA JADUAL PEPERIKSAAN NOVEMBER 2010 TELAH DIKELUARKAN OLEH UNIT PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN IPG KAMPUS PM. ANDA BOLEH MEMUAT TURUN JADUAL TERSEBUT DI SINI.

PEMIMPIN YANG DIREDHAI

Posted by JPPIPGKPM on 1:14 AM
Pemimpin satu amanah dan bukannya tempat mencari kemuliaan sebab amanah ini akan ditanya di akhirat nanti. Realitinya hari ini pemimpin dipuji, diberi sambutan dan tepuk sorak. Siapalah tidak ghairah pasang angan-angan menjadi pemimpin, hingga ada yang berkata: “Asyik dia orang saja dapat, bila lagi giliran aku pula.”

Islam sejak beratus tahun lampau mencipta rekod kepemimpinan di pelbagai benua dan kota, terus melakarkan beberapa pra syarat agar pemimpin betul-betul ‘menjadi’ dan orang yang dipimpin menerima nikmat kepemimpinan, bukan hanya terpimpin selamat di dunia malah juga di akhirat nanti.

Syarat pertama pemimpin ialah iman. Dalam surah al-Kahfi Allah menyatakan iman itu ada tiga implikasi, iaitu ‘imun’, ‘aman’ dan ‘amin.’

Imun maknanya kebal daripada maksiat dan kebal daripada rasuah. Aman maknanya dia berasa aman bila bersama Allah, malah di depan orang dia baik, di belakang orang pun dia tetap baik, bukannya hipokrit. Manakala ‘amin’ pula maknanya orang yang boleh dipercayai. Apabila sudah dipercayai barulah layak menerima amanah .

Syarat kedua ialah ilmu kepemimpinan. Kepemimpinan bukannya secara spontan atau pakai tangkap muat sahaja, sebaliknya mesti ada ilmu.

Makna kepemimpinan ialah cara menggunakan pengaruh untuk mempengaruhi pengikut mencapai matlamat yang digarap. Jika tidak ada ilmu, sepak terajang dan kerenah kepemimpinan, nanti kita pula yang dipimpin.

Syarat ketiga ialah ’selfleadership.’ Bagaimana kita boleh memimpin orang lain kalau diri kita tidak terpimpin?

Perkataan ‘leader’ merujuk kepada tanggungjawab (al-mas’uliyah). Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Setiap kamu dalam pemimpin dan setiap kamu akan diminta pertanggungjawab berdasarkan apa yang kamu pimpin.”

Syarat ini menggambarkan orang yang memimpin itu mampu bertanggungjawab terhadap diri sendiri. Maknanya, pemimpin tidak cepat melemparkan tanggungjawabnya kepada orang lain, tidak cepat terpengaruh dengan khabar yang tidak pasti.

Jika dia melakukan kesilapan, diri sendiri menanggung risiko, bukan mengkambing hitamkan orang lain demi keselamatan diri.

Syarat keempat ialah pemimpin memerlukan ‘The Power Of Communication.’ Ketika berinteraksi dengan pengikut akan menghadapi pelbagai kerenah, keinginan dan tuntutan yang semestinya mampu menenangkan mereka walaupun hajat tidak tertunai, bukannya putar belit.

Cara berkomunikasi ada empat:

Cakap mudah difahami, bahasa terang, arahan jelas tidak berbelit-belit.
Kesamaan. Setiap orang mudah didampingi, tidak ada tembok pemisah atau terlalu protokol. Pasangan berkahwin sebab banyak kesamaan antara mereka. Mereka nescaya bercerai jika ada banyak perbezaannya.
Ikhlas. Walaupun ikhlas terletak di hati dan tidak nampak dengan mata namun ia dapat dirasai. Jika tidak ikhlas seakan ada satu gelombang yang mengganggu perasaan orang yang dipimpin. Kata-kata tidak tajam tidak masuk di hati.
The power of service. Cakap hanya perlu pada tempatnya tetapi bertindak semestinya lebih banyak. Allah memberikan kita dua telinga supaya kita banyak mendengar, Allah memberikan kita dua mata supaya kita banyak melihat dan mengamatinya, kemudian bertindak berasaskan pendengaran dan pemerhatian.


Rasanya elok juga disinggung sedikit perkara yang menambah komitmen moral seorang pemimpin berasaskan tafsir lima ayat surah al-Muddaththir.
Bangun dan beri peringatan. Pemimpin mempunyai kepedulian sosial yang tinggi. Sekiranya di sekelilingnya terdapat perkara menyalahi kebenaran, dengan kuasanya dia akan meluruskannya.
Mesti membesarkan Allah. Pemimpin perlu sentiasa ke depan tetapi jangan mendahului Allah.
Bersihkan pakaiannya. Pakaian luar dan dalam iaitu hati biar turut bersih.
Tinggalkan dosa.
Janganlah memberi sesuatu kerana ingin mendapat lebih banyak malah kalau boleh jangan ingat bahawa kita pernah memberi kepada seseorang.

PROGRAM PENGANTARABANGSAAN PEMIMPIN PELAJAR IPG KAMPUS PM

Posted by JPPIPGKPM on 1:10 AM
Pada 22 Jun hingga 25 Jun yang lalu, telah berlangsung PROGRAM PENGANTARABANGSAAN PEMIMPIN PELAJAR IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU ke MEDAN, INDONESIA dibawah kelolaan Biro Perhubungan Luar, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dengan kerjasama Ketua Penasihat JPP, Datin Siti Hanifah bt Madarsa. Alhamdulillah, program ini dapat menjalin dan menjana silaturrahim antara guru pelatih IPGKPM dengan para pendidik di beberapa buah sekolah di Medan, Indonesia. Program ini juga memberi gambaran tentang betapa pentingnya pendidikan dalam pembentukan generasi sesebuah negara. Selain itu juga, para peserta mengenal erti syukur dan merasai nikmat kehidupan profesion perguruan di negara luar. Seterusnya mencetus perkongsian ilmiah di antara keduanya di samping mendedahkan guru pelatih akan situasi sebenar keadaan di sana dan dapat merasai perbezaan persekitaran persekolahan di Malaysia dan di sana. Malahan dapat memperkenalkan Melaka kepada penduduk di Indonesia.
Tiba di LCCT

menguruskan tiket dan passport

Tiba di lapangan terbang Medan



Program Pengantarabangsaan ini merupakan satu program bagi menjalinkan hubungan silaturrahim dan memberi peluang kepada guru pelatih untuk mencari satu kelainan dan mendedahkan diri kepada sesuatu perkara yang baru.

Kunjungan ini merupakan kunjungan julung-julung kali dianjurkan oleh JPP IPGKPM ke luar negara. Perkongsian pintar yang terjalin antara guru pelatih IPGKPM dengan mahasiswa di beberapa buah universiti dan sekolah di Medan, Indonesia dapat mencetuskan satu revolusi baru serta penambahbaikan dalam kualiti pengurusan. Selain itu, program ini juga memberi peluang kepada guru pelatih IPGKPM untuk mengenali dengan lebih mendalam tentang cara hidup, kebudayaan, warisan dan kemajuan yang ada di Medan Indonesia. Segala ilmu pengetahuan yang diperolehi dapat memberi satu pengalaman baru serta membuka minda guru pelatih IPGKPM.

Menunggu giliran untuk menaiki feri

Timb. Pengarah bersama pensyarah

Pemandangan di Danau Toba

suasana di luar hotel

Hasil jahitan

Selain itu juga, tujuan guru pelatih IPGKPM berkunjung ke Medan Indonesia adalah sebagai duta untuk melihat dan mengalami sendiri realiti kehidupan di sana. Pendedahan yang diberikan diharap dapat memberi satu pandangan yang baru kepada pihak guru pelatih IPGKPM khususnya. Tambahan pula, Melaka merupakan pusat pelancongan yang terkenal di serata dunia dan inilah peluang kami sebagai wakil dari IPGKPM untuk memperkenalkan Melaka Negeri Bersejarah.



Lawatan ke Muzium Maimoon

Lawatan ke Konsulat Jeneral Malaysia Medan

bersama warga pendidik SMA Muhammadiah (Sek Ren)

Dengan kerjasama yang padu daripada semua pihak, Alhamdulillah program ini mencapai matlamatnya. Terima kasih atas sokongan dari pihak pentadbir khususnya Ketua Penasihat JPP, Datin Siti Hanifah bt Madarsa merangkap Timbalan Pengarah IPG Kampus Perempuan Melayu, semua pensyarah yang terlibat, semua ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus PM dan guru pelatih yang menjadi peserta program. Tahniah dan syabas.

Sesi P&P dalam bilik darjah

Kelas murid berumur 3-4 tahun

Kanak-kanak tadika

SMA Muhammadiah (Sek Ren)

SMA Muhammadiah (Sek Men)

JADUAL PROGRAM PENGANTARABANGSAAN PEMIMPIN PELAJAR
IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA KE MEDAN, INDONESIA
TARIKH : 22 Jun -25 Jun 2010

Hari Pertama : 22 Jun 2010 (Selasa)

2.30 ptg : Berkumpul di Garaj Bas IPGKPM
3.00 ptg : Bertolak dari Melaka ke LCCT
9.00 mlm : Dari LCCT ke Medan, Indonesia

Hari Kedua : 23 Jun 2010 (Rabu)

6.00 pg : - Solat Subuh
- Sarapan
- Ke Muzium Kebudayaan Batak, Lake Toba
- Lawatan ke Sekolah Dasar


Hari Ketiga : 24 Jun 2010 (khamis)

6.00 pg : - Solat Subuh
- Sarapan pagi

8.30 pg : Lawatan ke :
- Lawatan ke pusat kraftangan
- Lawatan ke Sekolah Dasar
2.00 pm : Lawatan ke Pusat Peranginan Brastagi


Hari Keempat : 25 Jun 2010 ( Jumaat)

6.00 pg :- Solat Subuh
- Sarapan pagi
8.00 pg : Lawatan ke Istana Maimon dan sekitar Medan
9.00 pg : Sesi tawar-menawar di Pajak Ikan
11.00 pg: Cuci mata di Matahari Mall

7.00 mlm : Ke Lapangan Terbang Medan
10.00 mlm : Betolak dari Lapangan Terbang Medan ke LCCT
12.00 mlm : Bertolak dari LCCT ke IPGKPM

kesibukkan jalan raya Medan

memerhati gelagat kanak-kanak yang mencari 'uang' di malam hari

Pn Salina gembira

gelagat sebelum check-in

pensyarah lelaki yang turut sama menyertai rombongan

YDP bersama anak Timb. Pengarah

bergambar di Lapangan Terbang Medan

"JAUH PERJALANAN, LUAS PEMANDANGAN"

BERSAMA KAMI

HAKCIPTA TERPELIHARA JPP IPGKPM 2010/2011

Pihak pengurusan JPP IPGKPM tidak bertanggungjawab ke atas sebarang posting yang dibuat oleh pihak ketiga dalam ulasan / komen pada blog ini. Para pengunjung dinasihatkan menjaga tatasusila dalam membuat posting atau ulasan di blog ini. Pihak pengurusan berhak mengedit atau memadam mana-mana komen / ulasan yang melanggar peraturan berblog di sini. Matlamat blog ini semata-mata untuk tujuan pengurusan guru pelatih dan perkongsian maklumat sahaja. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.