KURSUS PENYELIDIKAN TAHUN 2010
Pada 9 dan 16 Julai 2010, Biro Pendidikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGKPM telah menganjurkan satu kursus penyelidikan untuk semua guru pelatih PISMP Ambilan Januari 2008 semester 6. Kursus ini telah berjaya dianjurkan dengan kerjasama penuh daripada Jabatan Penyelidikan & Inovasi Profesionalisme Keguruan IPG Kampus Perempuan Melayu.
Kursus ini merupakan kursus yang pertama kalinya diperkenalkan kepada guru pelatih dan kursus ini dapat membantu mereka dalam penyediaan penyelidikan semasa mereka berada di tahun akhir kelak. Ini adalah satu medan untuk melatih bakal guru dalam pelbagai bidang, khususnya untuk pendidikan sekolah rendah dan bertujuan untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai kemahiran dan keterampilan dalam menyediakan kertas cadangan penyelidikan sebagai wahana dalam meningkatkan profesionalime keguruan. Pihak jawatankuasa berharap dengan adanya seminar ini, akan lahirlah guru-guru pelatih yang dapat menjalankan penyelidikan setanding dengan kualiti penyelidikan di pusat-pusat pengajian tinggi. Kursus ini juga bakal dijadikan sebagai program tahunan Biro Pendidikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGKPM.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada Biro Pendidikan serta kepada biro JPP lain yang turut membantu dalam menjayakan kursus ini. Terima kasih diucapkan kepada Puan Mariah binti Lambak, pensyarah penasihat Biro Pendidikan, Dr. Segahran a/l Appoo, Ketua Jabatan, Jabatan Penyelidikan & Inovasi Profesionalisme Keguruan serta pensyarah di jabatan ini atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan Kursus Pendidikan Tahun 2010.
0 Responses to "KURSUS PENYELIDIKAN TAHUN 2010"
Post a Comment