Posted by JPPIPGKPM on 1:05 PM
Pada 24 hingga 27 Januari yang lalu telah berlangsung Minggu Pengurusan Pelajar Baharu untuk guru pelatih KPLI SR dan JQAF ambilan Januari 2011. Pendaftaran guru pelatih baharu telah berlangsung di Dewan Srikandi pada jam 8 pagi sehingga 11 pagi pada 24 Januari 2011. Seramai 157 orang guru pelatih yang ditawarkan telah mendaftar sebagai warga IPG KPM. Program orientasi 4hari 3malam ini memberi peluang kepada guru prlatih baharu mengetahui keadaan di IPG dan kursus yang bakal dijalani selama setahun bagi KPLI SR dan 18 minggu bagi JQAF SR. Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2010/2011 mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam minggu pengurusan pelajar baharu kali ini. Terima kasih juga kepada semua guru pelatih baharu yang memberi kerjasama yang baik sewaktu sesi bersama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar. Gunakan masa yang ada diwaktu kursus ini untuk mengutip ilmu-ilmu bidang keguruan untuk dijadikan sebagai panduan kelak. Semoga guru pelatih baharu dapat menjalani kehidupan sebagai warga IPG KPM dengan baik dan selesa.
ahlan wasahlan wa marhaban bikum
Sesi pendaftaran
Menunggu giliran
Guru pelatih lelaki tidak ketinggalan dengan kain srikandi
Tudung srikandi
Sesi taklimat pihak pentadbiran dengan ibu bapa / penjaga
Tahniah, terpilih menjadi warga IPG KPM
Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
1 lelaki : 14 perempuan
Ready for treasure hunt
Cepat selesaikan
Futsal versi srikandi
Instructors senam robik
1 , 2 , 3
Posted by JPPIPGKPM on 5:09 PM
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2010/2011 mengucapkan TAHNIAH dan SELAMAT DATANG kepada semua guru pelatih KPLI dan J-QAF ambilan Januari 2011 iaitu seramai 162 orang yang akan mendaftar di Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka. Ketetapan pendaftaran seperti berikut:
Tarikh pendaftaran : 24 Januari 2011 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Srikandi
Pakaian : Formal(tudung bawal, baju kurung, kasut hitam bertutup)
*Sediakan akaun bank BSN (untuk elaun)
*Kenalpasti 2 orang iaitu :
penjamin 1 (salah seorang ibu/bapa), penjamin 2(gaji lebih 500 dan umur kurang daripada 45 tahun)taklimat mengisi borang perjanjian akan diberi semasa Minggu Pengurusan Pelajar Baharu.
Segala maklumat lanjut, boleh merujuk laman sesawang Jabatan Hal Ehwal Pelajar(JHEP) IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka. Selamat menjalani Minggu Pengurusan Pelajar Baharu dan menjadi warga kampus IPGKPM. Ahlan wa sahlan ke alam perguruan.
Posted by JPPIPGKPM on 5:54 PM
Berikut senarai nama calon-calon yang menang bertanding bagi Pilihan Raya Kampus IPGK PM sesi 2011/2012.
PPISMP ambilan Jun 2010 (Semester 2
BIL NAMA
1 ASHRATUL IZZATI BT MUHAMAD ABDUL KARIM(Bahasa Inggeris 1)
2 NOR SYAZLIANA BINTI SHARIFUDDIN(Bahasa Inggeris `)
3 ANDI HASLINDA BINTI ANDI ISKANDAR (Matematik)
4 AFIKAH NADZIRAH BINTI HANIF (Pendidikan Agama)
5 ADHA BINTI SULAIMAN (Pendidikan Agama)
6 NUR ANNISSA ANIS BINTI SABIRAN (Pendidikan Seni Visual)
PISMP ambilan Januari 2011 (Semester 1)
BIL NAMA
1 NOR NA’IMAH BINTI ZAKARIA (Pengajian Agama)
2 NUR ASYIKIN BT MD NAJIB (Pra Sekolah)
3 FARAHANIS MOHAMED YUSOP (Pengajian Agama)
4 NOR SYUHAIDA BINTI SAHARI (Pra Sekolah)
5 NOR HASNAZIAH BINTI MOHD ZAINI (Pendidikan Khas)
6 ZURAIDAH BINTI ABDUL (Pengajian Agama)
7 NURUL AIDA BINTI HUSSIN (Matematik)
8 FATHIMAH NURHANISAH ZAILANI (Bahasa Melayu)
9 ANISAH BINTI MOKHTAR (Pendidikan Khas)
11 SITI NOR FATIN IZIANTI BINTI NASIB (Sains)
PISMP ambilan Januari 2010 (Semester 3)
BIL NAMA
1 SITI UMAIRAH BINTI OTHMAN (Pendidikan Khas 4)
2 NORHIDAYAH BINTI RAFIE (Pendidikan Khas 1)
3 NOORIDAYU BINTI ROSLAN (Pendidikan Khas 2)
4 SITI ROZAWATI BINTI MOHD NAWAWI (Matematik)
5 SITI ATIQAH BINTI HASAN (Pendidikan Khas 4)
6 SITI SARA BINTI ALIZAMAN (Matematik)
7 NUR IZZATI BINTI MD SAREF (Pendidikan Khas 2)
8 NOR AMIRAH BINTI MUSTAFFA (Pendidikan Khas 5)
9 NORASYIKIN BINTI MAT JUSOH (Pendidikan Khas 5)
10 NIK FAIZNUR FIRDA BT NIK LUKMAN DZUKI (Pemulihan 1)
PISMP ambilan Januari 2009 (Semester 5)
BIL NAMA
1 AININ SYAKIRAH BT ADZMAN (Pra Sekolah 2)
2 HARTINI BT ISMAIL (Matematik)
3 ADILAH BT MAT HADZIR (Pendidikan Khas 4)
4 NURUL HASNYTA BT HAMSANI (Pra Sekolah 1)
5 AMIRA ASHIKIN BT ISNI (Pendidikan Khas 3)
6 NOR SHAZYEANA BT MOHAMAD SAIDAN (Pendidikan Khas 4)
7 NADIRAH BT MOHD BASIR (Pendidikan Khas 5)
8 AZIMAHTUL NADIAH BT UMORUDDIN (Pendidikan Khas 3)
9 SHAZANA BT AZMAN (Pendidikan Khas 4)
10 NUR HALIMAH BT HASAN (Pendidikan Khas 2)
Jawatankuasa Pilihan Raya Kampus IPGK PM sesi 2011/2012 mengucapkan tahniah dan takziah ke atas calon-calon yang menang bertanding untuk kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2011/2012 kali ini. Anda adalah pemimpin yang akan menerajui kepimpinan mahasiswa di kampus. Jalankan amanah yang dipertanggunjawabkan ini dengan sebaiknya. Semoga kepimpinan baharu dapat memberi impak yang positif dan kebaikan bersama warga kampus di IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka.
"THE BEST EXAMPLE OF LEADERSHIP IS LEADERSHIP BY EXAMPLE"
Posted by JPPIPGKPM on 5:53 PM
TAKLIMAT PILIHANRAYA KAMPUS JPP SESI 2011/2012
14 Januari 2011 (Jumaat)
Guru pelatih a.k.a bakal pemilih mendengar taklimat Penamaan Calon dan Pengundian
Taklimat disampaikan oleh Pengerusi PRK
HARI PEMBENTANGAN MANIFESTO & KEMPEN SESI 1 (PISMP JAN 2010 dan 2011)
18 Januari 2011 (Selasa)
Pendaftaran Kehadiran Calon
Calon dan pemilih yang hadir untuk mendengar sesi pembentangan
Pembentangan manifesto
Calon berkempen
JK Kempen dan Pembentangan Manifesto
HARI PEMBENTANGAN MANIFESTO DAN KEMPEN SESI 2 (PISMP JAN 2009 & PPISMP JUN 2010)
20 Januari 2011 (Khamis)
Calon mendaftar kehadiran
Biar pun sakit, semangat tetap ada
Vote 4 Ainin
Berkempen
Sokonglah saya
Undilah saya
Berkhidmat untuk semua
Selesai sudah tugas
PENYEDIAAN TEMPAT MENGUNDI (Dewan Srikandi dan Dewan Tun Fatimah)
20 Januari 2011 (Khamis)
Taklimat pengurusan tempat mengundi
Jom kemas
HARI PEMBUANGAN UNDI
21 Januari 2011 (Jumaat)
Dewan Srikandi
Berkumpul di dataran
Tak sabar membuang undi
Persediaan dewan mengundi sebelum dibuka
JK Pendaftaran Pemilih
Beratur menunggu giliran
Pilihan di tangan anda
Pangkah jangan tak pangkah
Buang undi
Dewan Tun Fatimah
Pendaftaran pemilih
Pegawai JPRK
Pilih jangan tak pilih
Buang undi
Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam membantu kelancaran Minggu Pilihanraya Kampus JPP sesi 2011/2012 IPG KPM. Semoga segala sumbangan dan sokongan ini diredhai dan diberkati ALLAH.
Posted by JPPIPGKPM on 3:54 PM
Pada 19 Januari 2011 yang lalu telah berlangsung SESI DIALOG : GURU PELATIH BERSAMA PENGUSAHA. Sesi dialog ini berlangsung di Balai Islam Saidatina Aisyah selepas menunaikan solat Isyak secara berjemaah. Tujuan utama sesi dialog ini diadakan adalah kerana pihak Jawatankuasa Kerja 3K IPG KPM telah memberi peluang untuk guru pelatih bersama pihak pengusaha kafe Anjung Selera, pihak keselamatan IPG KPM dan pihak kebersihan IPG KPM dalam mempertingkatkan lagi kualiti khidmat di IPG KPM. Alhamdulillah, dengan kehadiran dan kerjasama dari semua pihak, sesi dialog berjalan dengan lancar. Segala masalah dan ketidakpuashatian telah diselesaikan secara baik untuk kebaikan bersama. Majlis ini telah dihadiri oleh Jawatankuasa 3K IPG KPM, Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP), Warden, Pengusaha Kafe, Ketua Pengurusan Keselamatan dan Kebersihan serta guru pelatih IPG KPM. Sesi dialog ini tamat jam 11.00 malam. Pihak pengurusan sesi dialog mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan oleh semua pihak untuk kelancaran majlis. Sama-samalah kita membantu dalam meningkatkan lagi kualiti dalam melahirkan siswa guru yang cemerlang.
Sesi taklimat oleh pengerusi majlis
Ucapan aluan oleh KJ JHEP
Jawatankuasa Kerja Sesi Dialog
Pengurusan Keselamatan
Pengusaha Kafeteria Anjung Selera
Guru pelatih bertanyakan soalan
Sesi soal jawab
HAKCIPTA TERPELIHARA JPP IPGKPM 2010/2011
Pihak pengurusan JPP IPGKPM tidak bertanggungjawab ke atas sebarang posting yang dibuat oleh pihak ketiga dalam ulasan / komen pada blog ini. Para pengunjung dinasihatkan menjaga tatasusila dalam membuat posting atau ulasan di blog ini. Pihak pengurusan berhak mengedit atau memadam mana-mana komen / ulasan yang melanggar peraturan berblog di sini. Matlamat blog ini semata-mata untuk tujuan pengurusan guru pelatih dan perkongsian maklumat sahaja. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.