PROGRAM TITIPAN NALURI BERSAMA TPM

Posted by JPPIPGKPM on 8:32 PM

Pada 25 Oktober 2010 yang lalu, telah berlangsung Program Titipan Naluri bersama Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pelajaran Malaysia. Program ini berlangsung sejurus selepas perasmian SEAMEO SAN dan bangunan baharu di Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka. Program ini telah dihadiri oleh semua guru pelatih IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka, wakil guru pelatih IPG Kampus Tun Hussein Onn, Johor, IPG Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan, IPG Kampus Teknik, IPG Kampus Ilmu Khas, IPG Kampus Pendidikan Islam dan IPG Kampus Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur.
ketibaan Tan Sri Muhyidin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Perasmian Bangunan Baharu IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

Perasmian SEAMEO SAN

Program ini merupakan program kali pertama yang menemukan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia bertemu muka bersama guru pelatih keluaran Institut Pendidikan Guru. Menerusi program satu jam setengah ini, telah diadakan diadakan sesi titipan naluri dari TPM, sesi soal jawab guru pelatih bersama TPM, ucapan penghargaan yang diwakili oleh Cik Norzarina bt Kamarudin, Yang Di Pertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka dan penyerahan cenderahati daripada guru pelatih kepada TPM.
Sesi TITIPAN NALURI bersama guru pelatih

Sesi soal jawab bersama TPM

Ucapan penghargaan dari YDP JPP IPG KPM, Melaka

Penyampaian cenderahati



Dalam amanat yang disampaikan oleh Tan Sri Muhyyidin Yassin kepada guru pelatih, Tan Sri sangat menekankan tentang kualiti guru pelatih yang akan menerajui profesion keguruan di Malaysia. Selain menimba seberapa banyak ilmu pengetahuan semasa di IPG, Tan Sri Muhyiddin mahukan guru pelatih lebih kreatif dan inovasi dalam bidang pendidikan. Tan Sri juga meletakkan harapan yang tinggi pada guru pelatih untuk menjadi yang lebih cemerlang dalam kalangan guru pelatih yang cemerlang.

TPM merangkap Menteri Pelajaran bersama JPP