HASIL SESI DIALOG GURU PELATIH DENGAN PENGUSAHA

Posted by JPPIPGKPM on 3:54 PM

Pada 19 Januari 2011 yang lalu telah berlangsung SESI DIALOG : GURU PELATIH BERSAMA PENGUSAHA. Sesi dialog ini berlangsung di Balai Islam Saidatina Aisyah selepas menunaikan solat Isyak secara berjemaah. Tujuan utama sesi dialog ini diadakan adalah kerana pihak Jawatankuasa Kerja 3K IPG KPM telah memberi peluang untuk guru pelatih bersama pihak pengusaha kafe Anjung Selera, pihak keselamatan IPG KPM dan pihak kebersihan IPG KPM dalam mempertingkatkan lagi kualiti khidmat di IPG KPM. Alhamdulillah, dengan kehadiran dan kerjasama dari semua pihak, sesi dialog berjalan dengan lancar. Segala masalah dan ketidakpuashatian telah diselesaikan secara baik untuk kebaikan bersama. Majlis ini telah dihadiri oleh Jawatankuasa 3K IPG KPM, Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP), Warden, Pengusaha Kafe, Ketua Pengurusan Keselamatan dan Kebersihan serta guru pelatih IPG KPM. Sesi dialog ini tamat jam 11.00 malam. Pihak pengurusan sesi dialog mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan oleh semua pihak untuk kelancaran majlis. Sama-samalah kita membantu dalam meningkatkan lagi kualiti dalam melahirkan siswa guru yang cemerlang.

Sesi taklimat oleh pengerusi majlis

Ucapan aluan oleh KJ JHEP

Jawatankuasa Kerja Sesi Dialog

Pengurusan Keselamatan

Pengusaha Kafeteria Anjung Selera

Guru pelatih bertanyakan soalan

Sesi soal jawab