MALAM TANGKAS SRIKANDI

Posted by JPPIPGKPM on 2:53 PM

Pada Isnin yang lalu bersamaan 10 Januari 2011, Biro Perhubungan Luar JPP telah menjalankan program Malam Tangkas Srikandi sempena MINGGU SRIKANDI yang akan dijalankan pada bulan April nanti. Program ini merupakan program pembukaan atau pra MINGGU SRIKANDI yang akan dijalankan dengan hasil kolaborasi JPP 2010/2011 dan JPP 2011/2012. Program ini juga merupakan hasil kerjasama dengan Persatuan Silat Cekak Malaysia di peringkat kampus dan cawangan Negeri Melaka.

Program yang bermula pada jam 9 malam dihadiri oleh Timbalan Pengarah IPGK PM, Datin Siti Hanifah bt Madarsa merangkap Ketua Penasihat JPP, wakil dari Persatuan Silat Cekak Malaysia Negeri Melaka, Yang Di Pertua JPP Cik Norzarina bt Kamarudin, ahli cilat cekak UiTM Kampus Bandaraya serta guru pelatih IPGK PM. Persatuan Silat Cekak Malaysia peringkat IPGK PM mengambil peluang ini untuk membuka peluang bagi guru pelatih yang berminat untuk mendaftar.

Malam Tangkas Srikandi ini merupakan salah satu usaha untuk memartabatkan lagi seni pertahanan diri di samping memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengetahui kepentingan sebenar seni pertahanan diri. Hal ini kerana, seni pertahanan diri bukan sahaja sekadar minat dan hobi malahan ia sudah menjadi keperluan pada setiap guru pelatih terutamanya guru pelatih wanita. Pengisian program ini ialah taklimat berkenaan Silat Cekak Malaysia, demonstrasi dan sesi soal jawab.

Suasana MALAM TANGKAS SRIKANDI

kehadiran Timbalan Pengarah IPGK PM,
wakil Persatuan Silat Cekak Malaysia cawangan Melaka & YDP JPP

pameran

ucapan wakil persatuan silat cekak cawangan Melaka

kehadiran tetamu



demonstrasi







YDP-Pengerusi BPL-Pengerusi PSCM-NYDP2
terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
moga program ini bermanfaat bagi kita semua