ORGANISASI JPP IPGKPM 2010/2011

ORGANISASI JPP IPGKPM 2010/2011

PROGRAM SAMBUTAN HARI GURU DAN PERHIMPUNAN RASMI BULAN MEI 2010

Posted by JPPIPGKPM on 12:51 PM

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU DAN PERHIMPUNAN BULANAN PERINGKAT IPGKPM

Hari : Isnin
Tarikh : 31 Mei 2010
Masa : 8.00am-5.00pm
Tempat : Dewan Srikandi dan Dewan Tun Fatimah
Peserta : Warga IPGKPM
Pakaian : Batik IPGKPM (Guru Pelatih)

Tentatif program seperti ketetapan berikut :

8.00 pagi : Pelajar mengambil tempat
8.30 pagi : Perarakan masuk Pengah, Timbalan Pengarah dan semua pensyarah
: Persembahan kanak-kanak Prasekolah di ruang legar Dewan Srikandi
8.50 pagi : Ketibaan Pengarah dan Timbalan Pengarah disertai semua pensyarah
: Nyanyian lagu Negara Ku
9.00 pagi : Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan terjemahan
(Cik Nurnaimah bt Zakaria - PPISMP Pendidikan Agama Sem 2 Julai 2010)
9.10 pagi : Bacaan Doa
(Ustaz Mohd Nasri b Abdullah)
9.20 pagi : Bacaan Ikrar diketuai oleh En. Sazali Kadlan (Pensyarah JTP)
- Ikrar Rukun Negara
- Ikrar Perkhidmatan Awam Malaysia
- Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam
- Ikrar Hari Guru
9.30 pagi : Perutusan Hari Guru
- Perutusan Rektor IPG
- Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran
- Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia
10.10 pagi : Ucapan Yang Dipertua Perwakilan Pelajar IPGKPM
(Cik Norzarina bt Kamarudin)
10.20 pagi : Ucapan Pengerusi JK Sambutan
(Tn.Hj. Mustaffar b Abd Majid)
10.30 pagi : Ucapan Pengarah IPGKPM
(Pn.Hjh. Noor Hayatee bt Md. Noor)
10.50 pagi : Persembahan
- Teater Kanak-kanak (PPISMP PK ambilan Julai '09)
- Koir (PISMP MATH & SC ambilan Jan 2010)
- Persembahan Pensyarah : En. Mohamad Musip
: Puan Mastura
11.30 pagi : Penyampaian Hadiah dan Cenderamata
- Pertandingan Kain Rentang " Ucapan Hari Guru"
- Pertandingan Bowling Piala Pengarah
- Pertandingan Badminton Piala Timbalan Pengarah
12.00 t/hari : Sambutan Hari Lahir Staf (Bulan Mei)
12.10 t/hari : Jamuan
: Rehat

PROGRAM KERJASAMA DENGAN GPMS

2.30 petang :Ceramah oleh Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka
"Konsep bersyukur dan Berterima Kasih"
4.00 petang : Soal Jawab
4.30 petang : Bersurai

"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

MINGGU BERSAMA GURU PELATIH IPG KPM (MBGP)

Posted by JPPIPGKPM on 11:57 AM
Tahniah kepada semua warga guru pelatih IPG di seluruh Malaysia kerana telah berjaya menamatkan peperiksaan akhir semester 1 bagi sesi 2010. Pihak Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGKPM mengucapkan Selamat Berjaya dan tawakkal atas usaha yang telah dilakukan untuk menghadapi peperiksaan. Seperti semua sedia maklum, sebelum bercuti penggal masih berbaki 1 minggu untuk guru pelatih memenuhi kehadiran di kampus. Oleh itu, pihak Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Perempuan Melayu telah mengambil inisiatif mengadakan program "MINGGU BERSAMA GURU PELATIH" (MBGP) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Jawatankuasa 3K IPGKPM untuk mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang melibatkan guru pelatih IPGKPM. Untuk makluman semua guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka program MBGP ini akan berlangsung pada 31/Mei/2010 sehingga 4/Jun/2010. Penglibatan semua guru pelatih IPGKPM adalah wajib. Tentatif program adalah seperti berikut :

ISNIN (31/Mei/2010)
MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU peringkat IPGKPM 2010
Masa : 8.00am-5.00pm
Tempat : Dewan Srikandi & Dewan Tun Fatimah
Peserta : Warga IPGKPM
Kelolaan : Jabatan Teknologi Pendidikan, Jabatan Matematik & JPP IPGKPM

SELASA (1/Jun/2010)
SEMINAR "KENALI WARNA ANDA"
Masa : 8.00am-1.00pm
Tempat : Dewan Srikandi & Dewan Tun Fatimah
Peserta : Guru Pelatih IPGKPM
Kelolaan : Jabatan Hal Ehwal Pelajar & JPP IPGKPM

RABU (2/Jun/2010)
HARI DERMA DARAH MEGA
Tempat : Dewan Srikandi
Masa : 8.00am-12.00pm
Peserta : Warga IPGKPM
Kelolaan : Biro Sosial & Kebajikan JPP IPGKPM

CERAMAH "PENGARUH PERSEKITARAN KERJA TERHADAP KESIHATAN MENTAL DAN FIZIKAL DALAM PEKERJAAN"

Ceramah 1 : Pembangunan lestari dan peranan Jabatan Alam Sekitar ke arah pembangunan Lestari dan kesejahteraan alam sekitar
Masa : 10.30am-12.30pm
Tempat : Dewan Tun Fatimah
Peserta : KPLI ambilan Julai '09, KPLI ambilan Jan 2010 & PISMP Jan '07
Kelolaan : Jawatankuasa Keselamatan, Keceriaan & Kebersihan IPGKPM & JPP IPGKPM

Ceramah 2 : Keselamatan barangan pengguna di Malaysia
Masa : 2.00pm-4.00pm
Tempat : Dewan Tun Fatimah
Peserta : PPISMP Sem 2 ambilan Julai '09 & PISMP Sem 1 ambilan Jan 2010
Kelolaan : Jawatankuasa Keselamatan, Keceriaan & Kebersihan IPGKPM & JPP IPGKPM

KHAMIS (3/Jun/2010)
HARI BERSAMA POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)
Masa : 8.00am-12.15pm
Tempat : Dewan Srikandi & Dewan Tun Fatimah
Peserta : Warga IPGKPM
Kelolaan : Jawatankuasa Keselamatan, Keceriaan dan Kebersihan IPGKPM & JPP IPGKPM

JUMAAT (4/Jun/2010)
SUKANEKA HARI GURU peringkat IPGKPM
Masa : 7.45am-10.00am
Peserta : Warga IPGKPM
Kelolaan : Biro Sukan dan Rekreasi JPP IPGKPM

Diharapkan semua guru pelatih dapat mengambil perhatian dan sama-sama menjayakan program ini.

"75 TAHUN MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN GURU"

MESYUARAT AGUNG KE 24 PGL

Posted by JPPIPGKPM on 9:03 AM
Persatuan Guru-guru Lepasan (PGL) Maktab Perguruan Perempuan Melayu Perhubungan Negeri Melaka telah berlangsung pada 15 Mei 2010 bersamaan dengan hari Sabtu jam 2 petang di Klebang Beach Resort. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB.Datuk Ir Haji Idris b Haji Harun (DMSM, DSM) ahli Parlimen Tangga Batu, Melaka. Oleh yang demikian, ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar telah dijemput untuk bersama-sama dengan ahli PGL sebagai salah satu langkah awal untuk memperkenalkan PGL kepada guru pelatih yang bakal menamatkan pengajian di IPGKPM. Persatuan ini merupakan salah satu medan untuk JPP dan ahli PGL berkerjasama dan berkoloborasi dalam meningkatkan kualiti guru permulaan di IPGKPM. Pihak JPP mengucapkan ribuan terima kasih atas jemputan ini.

Majlis pembukaan mesyuarat agung PGL MPPM

Barisan JPP yang hadir khusyuk mendengar ucapan

GP menunggu untuk mengambil tempat

Ahli PGL MPPM yang dilantik untuk penggal yang baru

Barisan PIMPINAN PGL MPPM yang akan terus membantu IPGKPM dalam memperkasakan kualiti guru

Harapan pelajar OKU ikuti kursus perguruan cerah

Posted by JPPIPGKPM on 8:28 AM
KOTA BHARU: Harapan pelajar orang kurang upaya (OKU) dari Georgetown, Pulau Pinang untuk menjadi guru kembali cerah selepas Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi memberi jaminan akan melihat permohonannya sekali lagi.

Kementerian akan mengarahkan Pengarah Bahagian Pendidikan Guru memberi peluang kepada pelajar pekak, Muhammad Affan Ghazali, 20, untuk ditemu duga bagi mengikuti Kursus Pendidikan Khas Masalah Pendengaran Pendidikan Rendah.

Mohd Puad berkata, walaupun keperluan untuk menjadi guru ialah memperoleh 3A dan 3B dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), namun pelajar berkenaan harus diberi peluang kerana beliau memohon menjadi guru pendidikan khas. Katanya, pelajar berkenaan harus diberi peluang untuk ditemu duga, bukannya bertindak dengan terus menolak permohonannya dan sekiranya beliau didapati layak untuk diterima mengikuti kursus terbabit, pihak berkenaan harus memberi pertimbangan terhadapnya.

"Saya sudah baca isu berkaitan dengan nasib pelajar itu, namun tidak sempat hendak mengarahkan pengarah Bahagian Pendidikan Guru supaya dipertimbangkan semula permohonan pelajar malang berkenaan," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kemumin, Pengkalan Chepa, dekat sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas laporan akhbar mengenai pelajar pekak kesal tidak dapat menjadi guru.

Pelajar itu, Muhammad Affan, yang cemerlang dalam SPM 2009, yang bercita-cita hendak menjadi guru tidak kesampaian apabila permohonannya untuk mengikuti Kursus Pendidikan Khas Masalah Pendengaran Pendidikan Rendah, ditolak.
Beliau yang memperoleh 2A dan 3B bercita-cita menjadi guru bagi membantu insan senasib kecewa apabila permohonannya tidak mendapat perhatian, malah tidak dipanggil untuk temu duga.

Mohd Puad berkata, beliau yakin isu pelajar berkenaan dapat diselesaikan dengan baik kerana kementerian kini sedang seimbangkan pengambilan guru.

"Dalam kes ini, saya dapati pelajar berkenaan sudah mempunyai kelayakan yang diperlukan bagi mengikuti kursus yang dipohon. Saya akan pastikan pelajar ini akan dipanggil untuk temu duga nanti untuk melihat keupayaannya menjadi guru nanti, saya akan usahakan," katanya.

PENGORBANAN GURU

Posted by JPPIPGKPM on 8:24 AM

ALUNAN ombak Laut Sulawesi di celahan puluhan pulau terpencil di daerah Semporna, Sabah tidak pernah menjanjikan kebahagiaan untuk golongan pendidik dari Semenanjung atau dari wilayah lain.
Pada ketika angin dari pelbagai penjuru mengubah wajah ombak menjadi gulungan ganas menghempas perahu, mahu saja si pendidik meninggalkan pulau terpencil itu untuk pulang ke Semenanjung sambil melupakan khidmat bakti yang harus dicurahkan kepada anak nelayan. Namun, tautan tugas sebagai pendidik menuntut mereka mengetepikan desakan nurani untuk meninggalkan bumi Semporna. Kemurnian tugas mendidik anak bangsa membuatkan mereka harus tabah menghambakan diri kepada tugas meskipun hati terasa berat untuk meneruskan perjuangan membela nasib anak bangsa.

Meskipun terpaksa menempuh ombak Laut Sulawesi untuk menjejakkan kaki di Pulau Bait, kira-kira tujuh batu nautika dari tanah besar di Kampung Tanjung Kapor, Semporna, si pendidik dari pelbagai negeri di Semenanjung tidak mudah mengalah.

Walaupun terpaksa bermandi peluh dan ada ketika kuyup ditimpa hujan ketika perahu mendaki dan menuruni ombak sewaktu berulang alik ke Sekolah Kebangsaan (SK) Bait di pulau kecil itu, mereka tidak mudah tewas kepada persekitaran yang mencabar minda dan fizikal.

Pulau Bait, satu daripada 49 pulau terpencil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulabayan, tidak pernah menjanjikan jalan berturap, bangunan sekolah diperbuat daripada batu, kemudahan bekalan air bersih, bekalan tenaga elektrik dan pelbagai kemudahan lain yang ada di tanah besar, khususnya di bandar.
Setiap pagi, mulai jam 6, ketika guru di bandar selesa memandu kereta ke sekolah, guru di Pulau Bait terpaksa memperjudikan nasib kepada perahu yang dikemudi penduduk kampung ketika meninggalkan jeti Kampung Tanjung Kapor untuk ke sekolah.

Begitu juga dengan guru di SK Pababag, di Pulau Pababag yang bersebelahan dengan Pulau Bait. Mereka terpaksa menyerahkan ketentuan nasib kepada Allah SWT setiap kali menggunakan perahu dari jeti Kampung Tanjung Kapor ke pulau terpencil itu.

Dengan perahu menggunakan enjin 15 kuasa kuda, si pendidik berdoa semoga perjalanan berulang alik dari Kampung Tanjung Kapor ke Pulau Bait dan Pulau Pababag sentiasa dirahmati Allah.

Kira-kira 20 minit berada dalam perut perahu ketika meredah ombak ke Pulau Bait dan Pulau Pababag tidak banyak membolehkan mereka berbual dengan rakan-rakan atau penumpang yang lain. Yang ada dalam fikiran mereka hanyalah mahu segera tiba di jeti.

Bagi Ustazah Mazwin Nasir, 27, dari Kampung Jerik, Gua Musang, Kelantan, khabar yang diterimanya pada Januari 2007 bahawa beliau akan ditugaskan di SK Bait, seolah-olah merentap nuraninya.

Pada usia pernikahan baru berusia sebulan, graduan jurusan Usuluddin Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu terpaksa meninggalkan suaminya untuk terbang jauh ke Semporna dan menabur bakti di pulau terpencil.

"Saya mula bertugas di sekolah ini pada 29 Januari 2007. Pertama kali menaiki perahu, rasa macam hendak menangis. Macam tak mahu menjadi guru. Ketika itu, ombak besar. Habis kuyup saya ditimpa tempias ombak. Setibanya di jeti Kampung Bait, terpaksa mula meniti jeti kayu licin dan mendaki bukit berlumpur untuk ke sekolah.

"Pengalaman sepanjang menaiki perahu berulang alik dari jeti Kampung Tanjung Kapor ke jeti Kampung Bait ada kalanya membuatkan saya seolah-olah mahu segera meninggalkan pulau ini. Namun, berkat kesabaran, saya harungi juga ombak Laut Sulawesi ini. Alhamdulillah, sekarang saya sudah biasa dengan ombak," ujarnya.

Bagi rakan serumah Ustazah Mazwin, Ustazah Nur Suhaila Mohamad, 32, dari Kampung Pangkal Kalong, Ketereh Kelantan, pertama kali menjejakkan kaki dalam perut perahu bersama Mazwin membuatkan tekak terasa loya dan kepala berpinar-pinar apabila dibuai ombak.

"Rasa nak muntah mabuk laut tetapi saya tahan juga. Sewaktu dilambung ombak, rasa macam hendak menjerit. Wajah ibu dan ayah terbayang-bayang di depan mata. Namun, inilah cabaran yang harus saya hadapi. Bukan mudah menjadi guru di pulau terpencil macam Pulau Bait," ujarnya dengan segaris senyuman.

Mazwin dan Nur Suhaila yang menyewa rumah di sebuah taman perumahan kira-kira tiga kilometer (km) ke Kampung Tanjung Kapor dan 10 km dari pekan Semporna, memperuntukkan RM60 seorang untuk berulang alik menaiki perahu ke sekolah.

Ketiadaan tenaga elektrik dan bekalan air paip di Kampung Bait tidak memungkinkan mereka menjadi sebahagian daripada kira-kira 300 penduduk kampung berkenaan.

Selepas tiga tahun menabur bakti mendidik anak nelayan di pulau terpencil itu, kini Mazwin dan Nur Suhaila tidak lagi menganggap ombak yang diharungi setiap hari sebagai bebanan besar untuk meneruskan kerjaya murni membentuk murid berilmu dan bersahsiah.

Cuma pada ketika cuti persekolahan dan Aidilfitri, mereka tidak mahu melepaskan peluang untuk bersama keluarga walaupun terpaksa menempuh perjalanan jauh untuk pulang ke pangkuan keluarga.

Bagi Mazwin, suami di Bangi, Selangor harus segera ditemui pada setiap musim cuti persekolahan, manakala Nur Suhaila mahu segera menatap wajah ibu dan ayah di Ketereh.

Bagi mereka, ombak Laut Sulawesi, jeti licin di kedua-dua kampung itu, lereng bukit agak curam di laluan dari jeti Kampung Bait ke SK Bait dan titis air masin yang membasahi kulit wajah dan tubuh ketika mengharungi laut adalah teman paling setia selagi pengorbanan mereka dituntut demi masa depan anak bangsa di pulau terpencil.

Oleh Hassan Omar
hassanomar@bharian.com.my
2010/05/16

Suasana Gotong-Royong Perdana IPGKPM

Posted by JPPIPGKPM on 11:25 PM
Pada Sabtu yang lepas bertarikh 15 Mei 2010, telah berlangsung Program Gotong-Royong Perdana sempena Sambutan Hari Guru 2010 peringkat IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka. Program ini adalah dibawah kelolaan JK 3K IPGKPM. Pada pagi itu, jam 7.45am sebelum memulakan gotong-royong, telah diadakan perhimpunan di kawasan letak kereta awam IPGKPM bersebelahan DSK. Perhimpunan pagi itu telah dipengerusikan oleh YDP JPP, Cik Norzarina. Seterusnya, bacaan doa oleh Ustaz Bakri dari Jabatan Pengajian Islam dan Moral, ucapan oleh Timbalan Pengarah IPGKPM, Datin Siti Hanifah bt Madarsa selaku pengerusi program ini dan di akhiri dengan taklimat ringkas yang disampaikan oleh En Aimee selaku Setiausaha JK 3K IPGKPM.

Semua GP berkumpul di kawasan letak kereta awan IPGKPM

Semua GP teruja untuk membersihkan kawasan IPGKPM

Pensyarah turut turun padang untuk sama-sama menjayakan program ini

Tahniah dengan usaha dan kerjasama semua

Agihan peralatan untuk setiap kawasan

Kebersihan separuh dari IMAN

Sungguh komited dengan tugasan yang diberikan

Srikandi IPGKPM hebat

Timbalan Pengarah IPGKPM, Datin Siti Hanifah bt Madarsa ditemuramah oleh unit penyiaran IPGKPM

YDP JPP, Cik Norzarina bt Kamarudin (kiri) juga ditemuramah oleh unit penyiaran IPGKPM

2 pelajar mengaku bersalah tanam bayi

Posted by JPPIPGKPM on 9:22 AM

MUHAMAD SAFIUDDIN mengaku bersalah mengebumikan mayat bayi lelaki yang baru dilahirkan di Taman Melaka Baru, Batu Berendam pada 12 Mei lalu.

MELAKA: Dua pelajar belasan tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tuduhan mengebumikan mayat seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan, di tebing sungai berhampiran Taman Melaka Baru, Batu Berendam, dekat sini, pada Rabu lalu.

Muhamad Safiuddin Mohd Zahari, 19, dari Taman Melaka Baru dan remaja perempuan berusia 15 tahun didakwa melakukan perbuatan itu di tebing Sungai Malim, antara jam 12 hingga 12.30 tengah hari 12 Mei lalu.
Mereka membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhamad Faizal Ismail pada prosiding jam 3 petang itu.
Ketika pertuduhan dibacakan, Muhamad Safiuddin yang memakai baju berkolar merah kelihatan tenang, manakala remaja wanita yang memakai baju hijau sambil menutup kepala dengan tuala kecil berwarna biru, menggigil.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan, dibaca bersama-sama mengikut Seksyen 34 yang membawa hukuman penjara tidak kurang dua tahun atau denda atau kedua-duanya. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mahmoodah Abdul Latiff, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Muhamad Faizal mengenakan jaminan RM2,000 kepada kedua-dua tertuduh dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Jun ini bagi menunggu laporan akhlak dan sosial daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Terdahulu, Mahmoodah menawarkan jaminan RM10,000 seorang dan penjamin bagi setiap tertuduh. Muhamad Safiuddin bagaimanapun meminta jaminan dikurangkan dengan alasan masih belajar dan meminta diberi peluang terakhir untuk mengubah diri. Remaja perempuan itu mengemukakan permohonan serupa dengan alasan masih belajar dan kini dibesarkan oleh ibu tunggal.

Akhbar semalam melaporkan mereka ditahan selepas ibu pelajar perempuan terbabit membuat aduan mengenai anaknya yang bersalin tanpa pengetahuan beliau pada awal pagi Rabu lalu. Bedah siasat mendapati bayi itu hidup dan cukup sifat ketika dilahirkan selain beberapa kesan lebam pada kepala.

Had 25 pelajar setiap kelas disokong

Posted by JPPIPGKPM on 9:14 AM


KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak menyambut baik cadangan mengehadkan murid kepada hanya 25 orang bagi setiap kelas di sekolah rendah dan menengah sebagai antara langkah mengatasi beban tugas guru, tetapi menyifatkannya sebagai tidak realistik untuk dilaksanakan atas faktor kekangan kewangan.

Mereka juga berpendapat langkah berkenaan tidak akan dapat mengatasi sepenuhnya masalah utama yang sedang dihadapi itu selagi guru dibebani tugas bukan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran, terutama kerja perkeranian.
Bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad, berkata cadangan itu bukan penyelesaian menyeluruh, sebaliknya hanya dapat mengurangkan beban tugas kerana guru masih terpaksa melakukan kerja seperti merekod data.

Sehubungan itu, beliau berkata, langkah paling signifikan ialah memastikan tugas guru hanya memfokus secara mutlak kepada pengajaran dan pembelajaran, sekali gus mewujudkan jawatan pembantu guru di sekolah bagi melicinkan urusan kerja lain.

“Cadangan ini dilihat lebih memberi kesan positif dari segi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan kerana guru dapat memberi perhatian rapi kepada setiap murid dalam bilangan yang kecil, tetapi langkah itu tidak membantu menghapuskan beban tugas guru jika mereka masih diberi kerja perkeranian,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Akhbar ini semalam melaporkan mengehadkan murid kepada hanya 25 orang bagi setiap kelas di sekolah rendah dan menengah adalah antara 40 cadangan mengatasi beban tugas guru yang dikenal pasti oleh jawatankuasa khas yang ditubuhkan Kementerian Pelajaran bagi mengkaji masalah berkenaan.
Sementara itu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan, berkata perancangan rapi perlu dilakukan segera bagi merealisasikan hasrat mengehadkan bilangan murid kepada 25 orang bagi setiap kelas.

“Pada prinsipnya kami sambut baik tapi kalau betul cadangan itu hendak dipenuhi, kerajaan mesti ambil langkah positif dan proaktif seperti membina lebih banyak sekolah bertingkat dan memastikan guru terlatih lebih ramai.

“Sebab kalau dilihat dari premis dan ruang sekarang memang amat sukar untuk penuhi kehendak itu, kalau memenuhi bilangan pelajar satu kelas 35 orang itu agak praktikal, tapi untuk mengehadkan 25 pelajar satu kelas, saya fikir kerajaan perlu berbuat sesuatu dengan bangunkan lebih banyak kemudahan,” katanya.

Tokoh akademik, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, berpendapat usaha mengehadkan bilangan murid kepada 25 orang itu tidak membantu mengatasi beban tugas guru, sebaliknya kerajaan perlu menggunakan sistem pendidikan lama dengan mengehadkan tugas guru untuk mendidik murid saja berbanding memberi pelbagai tugas tambahan kepada guru.

Beliau berkata, tugas tambahan guru yang tidak relevan seperti menghadiri mesyuarat atau tugas pentadbiran seperti mengisi borang akan menjejaskan prestasi pengajaran dan pembelajaran murid kerana tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya.

“Dulu masa saya mengajar murid ramai juga lebih 40 orang, tidak ada masalah, ada sekali saya ajar pelajar Tingkatan Tiga subjek Sejarah, satu kelas ada 45 pelajar, 43 pelajar dapat A. Dulu guru beri perhatian pada setiap murid, dia tidak anggap satu kelas sebagai satu murid, kalau pelajar 40 orang, mereka beri perhatian pada setiap murid, tidak perlu buat kerja lain macam isi borang, tapi kegiatan kokurikulum kita buat juga, macam aktiviti sukan.

“Jadi tidak perlulah kerajaan cuba membuat ‘eksperimen’ lagi, gunakan model lama yang sudah terbukti berjaya dengan mendapat pandangan orang lama, cadangan hadkan bilangan murid memang baik tapi sukar dilakukan,” katanya.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa untuk Pendidikan Malaysia (Page), Datin Azimah Abdul Rahim, berkata pihaknya menyambut baik usaha kerajaan itu walaupun menyedari ia tidak realistik kerana memerlukan kos yang tinggi sama ada dari segi logistik, pengambilan guru dan penambahan bilangan sekolah.

“Memang sepatutnya bilangan pelajar dihadkan seperti di negara maju tapi masalahnya mana nak letak pelajar yang berlebih, guru pula tidak cukup. Banyak lagi masalah pendidikan asas yang perlu diselesaikan, walaupun cadangan ini baik tapi realitinya kementerian tidak mampu,” katanya.

6 strategi laksana Dasar 1Murid 1Sukan

Posted by JPPIPGKPM on 9:05 AM
JOHOR BAHRU: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Kementerian Pelajaran akan melaksanakan enam strategi selaras pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan mulai tahun depan, bagi melengkapkan skop pembangunan sukan sekolah dalam melahirkan pelajar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Timbalan Perdana Menteri berkata, dasar berkenaan akan turut memfokuskan untuk mengembalikan kemeriahan sukan di sekolah dengan penyertaan seorang murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan sepanjang tahun itu.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, sebuah jawatankuasa ad-hoc dipengerusikan beliau sudah mengadakan mesyuarat sebelum ini dan memutus akan melaksanakan enam strategi bagi menjayakan dasar itu.
“Antara enam strategi dipersetujui ialah memberi bantuan kewangan sukan kepada sekolah, mewajibkan pembabitan pelajar dalam aktiviti sukan, mengenal pasti program sukan sekolah untuk dilaksana sepanjang tahun, menubuhkan Bahagian Sukan secara berasingan, elemen sukan dimasukkan dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia dan mengenal pasti lima Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) untuk melatih guru sukan.

“Melalui Dasar 1Murid 1Sukan ini, lengkaplah skop pembangunan sukan di sekolah kerana program Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS) yang khusus bagi membangunkan atlit sekolah cemerlang sudah dilaksanakan sejak Julai 2008,” katanya ketika merasmikan majlis pembukaan Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) ke-52 di Stadium Larkin di sini, malam tadi.

Muhyiddin berkata, selaras transformasi pendidikan, sudah sampai masa kementerian mempunyai kerangka penilaian yang lebih komprehensif dalam mengukur keberkesanan pelaksanaan setiap agenda pendidikan termasuk kegiatan sukan.

“Jika setiap tahun kita mampu memberi penilaian terhadap prestasi akademik murid dalam pencapaian mereka, maka sewajarnya kita juga mampu memberi laporan prestasi dalam bidang lain termasuk sukan.
“Dengan ini, pandangan mengatakan kementerian terlalu menumpu bidang akademik saja dapat disangkal dan ditangani,” katanya.

Mengulas mengenai Kejohanan MSSM, beliau berkata, kejohanan itu pada asasnya adalah sebahagian daripada program SPTS yang bertindak sebagai platform terbaik memberi peluang kepada atlit sekolah mempamerkan kebolehan serta kehandalan masing-masing.

Katanya, kejohanan tahunan itu membabitkan kira-kira 15,104 atlit bertanding pada peringkat kebangsaan, manakala 5,152 guru akan menguruskan pasukan masing-masing, di samping menjadi pegawai sukan.

Beliau berkata, angka serta bilangan penyertaan akan menjadi lebih besar sekiranya jumlah pertandingan dipertingkatkan membabitkan sekolah-sekolah melalui Dasar 1Murid 1Sukan.

“Kita menjadi tuan rumah kepada Sukan Sekolah-Sekolah Asean Kedua Julai ini... oleh itu kita perlu melakukan persediaan rapi dalam menyediakan atlit kita supaya mampu menjuarai temasya tahunan ini,” katanya.

PERJUMPAAN BLOK KEDIAMAN

Posted by JPPIPGKPM on 6:55 PM
Perhatian kepada semua warga blok kediaman Dang Anum, Dang Wangi dan Dang Merduwati, anda dikehendaki hadir pada perjumpaan blok kediaman bersama warden seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 16 Mei 2010
Hari : Ahad
Masa : 9 malam (selepas Isyak)
Tempat : Balai Islam Saidatina Aisyah (BISA)

Kehadiran adalah diwajibkan. Kedatangan akan diambil.

IMPORTANT INFORMATION

Posted by JPPIPGKPM on 6:49 PM
Perhatian kepada semua guru pelatih IPGKPM, perhimpunan rasmi hari Isnin pada esok hari 17 Mei 2010 tidak diadakan. Sambutan Hari Guru peringkat IPGKPM ditangguhkan pada 31 Mei 2010. Diharapkan semua guru pelatih dapat mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan akhir semester bulan 5.


Makluman : KJ HEP

DEDIKASI BUAT GURU

Posted by JPPIPGKPM on 6:36 PM
Ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar(JPP) Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu mengucapkan SELAMAT HARI GURU buat insan yang bergelar GURU di mana jua GURU berada. Buat semua guru pelatih IPG, teruskan memantapkan diri untuk menjadi seorang insan yang benar-benar bergelar GURU.



Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

MAKLUMAN GOTONG-ROYONG PERDANA IPGKPM

Posted by JPPIPGKPM on 3:33 PM
Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 6/2000 menghuraikan bahawa institusi pendidikan yang selamat adalah sebuah institusi yang bebas dari insiden-insiden yang tidak dingini.

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Guru Kebangsaan 2010 pada 18 Mac lalu pula telah memutuskan supaya gotong-royong perlu dilaksanakan serentak di semua sekolah rendah, menengah serta institusi pendidikan bermula jam 8.30 pagi 15 Mei 2010.

Justeru itu Jawatankuasa Keselamatan, Kesihatan dan Keceriaan IPG Kampus Perempuan Melayu , Melaka telah mengorak langkah untuk mengadakan Kempen Gotong Royong Perdana Peringkat IPG Kampus Perempuan Melayu 2010. Program tersebut akan bermula dengan taklimat ringkas sebelum majlis bermula seperti ketetapan berikut :

Tempat : Kawasan letak kereta awam IPGKPM (bersebelahan DSK)
Tarikh : 15 Mei 2010
Masa : 7.45 am
Pakaian: Pakaian sukan

Untuk perhatian semua guru pelatih IPGKPM, anda diWAJIBkan untuk hadir kerana hari berkenaan dikira sebagai hari kuliah ganti untuk cuti raya aidilfitri pada 14 September 2010. Kehadiran akan diambil.

BERSAMA KAMI

HAKCIPTA TERPELIHARA JPP IPGKPM 2010/2011

Pihak pengurusan JPP IPGKPM tidak bertanggungjawab ke atas sebarang posting yang dibuat oleh pihak ketiga dalam ulasan / komen pada blog ini. Para pengunjung dinasihatkan menjaga tatasusila dalam membuat posting atau ulasan di blog ini. Pihak pengurusan berhak mengedit atau memadam mana-mana komen / ulasan yang melanggar peraturan berblog di sini. Matlamat blog ini semata-mata untuk tujuan pengurusan guru pelatih dan perkongsian maklumat sahaja. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.