MAJLIS KONVOKESYEN IPGKPM 2010

Posted by JPPIPGKPM on 2:14 PM


Pada 8 Mei 2010 yang lalu, telah diadakan Majlis Konvokesyen IPGKPM 2010 yang melibatkan graduan-graduan program KPLI / KDC di Dewan Srikandi, IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka buat julung-julung kalinya diadakan di kampus. Tahniah dari pihak Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGKPM kepada semua graduan. Makluman Majlis Konvokesyen adalah seperti ketetapan berikut :












Disamping itu juga, Kelab Staf IPGKPM telah mengadakan program Gerai Konvo bersempena Majlis Konvokesyen IPGKPM ini. Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGKPM juga tidak ketinggalan untuk sama-sama memeriahkan usaha Kelab Staf ini. JPP telah membuka gerai Alhamdulillah, gerai konvo telah mendapat sambutan hangat oleh semua graduan-graduan dan guru pelatih disamping aktiviti ini memberi peluang untuk guru pelatih yang terlibat membantu jabatan-jabatan mempelajari kemahiran pengurusan dan pentadbiran kewangan.







Tambahan pula, hari Sabtu itu juga merupakan kuliah ganti untuk cuti raya aidilfitri pada 13 September 2010. Semua guru pelatih telah diberi pengisian oleh Cik Wan Amirah binti Wan Mohd Ishak, dari SK Tundubohangin, Kota Kinabatangan, Sabah bekas guru pelatih IPGKPM(PISMK OUM/P2). Beliau telah membuat sesi perkongsian "Pahit Manis Guru Permulaan". Slot ini telah diadakan di Balai Islam Saidatina Aisyah, IPGKPM yang telah dikelolakan oleh Jawatankuasa Balai Islam Saidatina Aisyah (BISA) dan Jawatankuasa Kelab Rukun Negara (KRN).