SEMINAR SERANTAU GURU PERMULAAN & PERTANDINGAN INOVASI IPG

Posted by JPPIPGKPM on 1:15 PM



Pada 5-7 Mei yang lalu telah berlangsung Seminar Serantau Guru Permulaan dan Pertandingan Inovasi IPG peringkat kebangsaan di Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka. Dengan tema "MEMPERKASAKAN PENDIDIKANN GURU PERMULAAN ABAD ke-21", seminar dan pertandingan ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia, Tan Sri Dr Zulkurnain bin Haji Awang, Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain penyertaan dari institusi dan IPG dari luar, seramai JPP, guru pelatih KPLI Jun'09 & Jan2010, PISMP Jan'07, PPISMP Julai'09 telah terlibat sebagai peserta seminar dan urusetia seminar untuk melancarkan lagi seminar dan pertandingan inovasi yang dijalankan. Antara pengisian yang diadakan semasa seminar ini ialah :

PEMBENTANGAN SERANTAU
1. Pembentang Negara Filipina
Nemah N. Hermosa, PhD
Dean, Faculty of Education
University of the Phillipines Open University
Los Banos, Laguna, Phillipines 4031
2. Pembentang Negara Indonesia
Prof. Dr. H. Achmad Hufad, M.Ed.
Fakultas Ilmu Pendidikan, Universitas Pendidikan
Indonesia, Jl. Dr.Setiabudhi No. 229, Bandung
40154, Jawa Barat, Indonesia.
3. Pembentang Negara Singapura
Universiti Singapura
4. Pembentang Negara Brunei Darussalam
Prof. Dr. Abdullah Awang Lampoh Universiti
Perguruan Ugama Seri Begawan
5. Pembentang Negara Thailand
Assoc. Prof. Suwaree Sivabhaedya,
Assistant Dean For Academic,
Faculty of Education, Khon Kaen University,
Khon Kaen, 40002, Thailand

PEMBENTANGAN JEMPUTAN UNIVERSITI



1. Prof Datuk Dr Aminah Ayob, Naib Canselor UPSI
2. Dr Ghazali Darussalam (UM)
3. Prof Madya Dr Zamri Mahamod (UKM)
4. Prof Datin Sharifah Md Noor (UPM)
5. Dr Zainudin Isa (USM

PEMBENTANGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU (30 KERTAS KAJIAN)
PEMBENTANGAN GURU PERMULAAN
1. Cik Mazlina binti Shafie,
SK Balar, Gua Musang, Kelantan (KPLI/P3)
2. Cik Hetykoesmadewi binti Hashim,
SK Pulau Mabul, Semporna, Sabah (KPLI/P2)
3. Cik Wan Amirah binti Wan Mohd Ishak,
SK Tundubohangin, Kota Kinabatangan, Sabah
(PISMK OUM/P2)

SUB TEMA
 Isu-isu guru permulaan di Sekolah
Rendah/Sekolah Menengah
 Sejarah guru permulaan
 Latihan pendidikan guru
 Pemasalahan guru permulaan
 Pemantauan guru permulaan
 Memperkasakan guru permulaan
 Cabaran guru permulaan di sekolah
 Isu-isu semasa guru permulaan

FORUM

TAJUK: ‘Memperkasakan Pendidikan Guru Permulaan Abad Ke-21’
a. Datuk Haji Alimuddin bin Haji Mohd Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
b. Datuk Dr Haili bin Dolhan, Rektor, Institut Pendidikan Guru Induk
c. Dr Haji Zahri bin Aziz, Pengarah, Bahagian Pendidikan Guru.
Pengerusi Forum : Prof Dr Nordin Kardi (Naib Cancelor Universiti Utara Malaysia


ATUR CARA
05 Mei 2010
2.30 ptg : Pendaftaran Seminar / Pameran Inovasi
(Dewan Sri Kandi )
8.00 mlm : Pembentangan Serantau 1 (Indonesia) & 2
(Filipina)
9.00 mlm: Perasmian & Ucap Utama oleh Yang Berbahagia, Tan Sri Dr Zulkurnain bin Haji Awang, Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Malaysia


06 Mei 2010
8.00 pg : Pembentangan Serantau 3( Filipina) & 4 Brunei Darussalam
9.00 pg : Forum
10.30pg : Pembentangan Selari 1 IPG (15 Kertas Kerja)
2.30 ptg: Pembentangan Selari 2 IPG (15 Kertas Kerja)
8.30mlm: Pembentangan Serantau 5 (Singapura)
9.00mlm: Pembentangan Selari Pengalaman & Refleksi Guru Permulaan

07 Mei 2010
8.00 : Pembentangan Khas Universiti
Dr Ghazali Darussalam (UM)
Dr Jamil Ahmad (UKM)
Universiti Sains Malaysia
Universiti Putra Malaysia
10.00 : Pembentangan Jemputan Khas Prof Datuk Dr Aminah Ayob, Naib Canselor UPSI
11.00 : Majlis Penutupan/Penyampaian Hadiah/Cenderamata oleh Datuk Dr Haili Dolhan, Rektor, Institut Pendidikan Guru.

PAMERAN DAN PERTANDINGAN INOVASI IPG
Pameran Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kajian Institut Pendidikan Guru melibatkan 28 Kampus IPG di Malaysia di Dewan Srikandi, IPG KPM Melaka sepanjang
seminar berlangsung.













Syabas diucapkan kepada Jabatan Pendidikan Khas & Jabatan Teknologi Pendidikan, IPGKPM yang telah memenangi PINGAT EMAS manakala Jabatan Pra Sekolah, IPGKPM mendapat PINGAT GANGSA untuk Pertandingan Inovasi IPG peringkat kebangsaan. Tidak dilupakan juga kepada semua peserta seminar dan pertandingan inovasi yang telah menyertai dengan jayanya. Terima kasih & SYABAS diucapkan kepada Jabatan Penyelidikan dan Inovasi yang telah mengendalikan seminar dan pertandingan inovasi ini dengan jayanya di samping memberi peluang dan ruang untuk ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar mendapat ilmu baru dan tidak ketinggalan dalam menjayakan program ini. Maklumat berkenaan Seminar Serantau Guru Permulaan & Pameran Inovasi IPG peringkat kebangsaan boleh dimuat turun di sini.

"MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN GURU PERMULAAN ABAD KE-21"