SOLAT HAJAT & BACAAN YAASIN

Posted by JPPIPGKPM on 11:20 PM



Biro Agama dan Dakwah, JPP IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka telah mengadakan Majlis Kesyukuran Hari Guru bersempena Sambutan Hari Guru tahun 2010 dan Majlis Ma'annajah Fi Al-Imtihan di Balai Islam Saidatina Aisyah, IPGKPM. Majlis berlangsung dengan jayanya tadi seperti ketetapan berikut :

- Solat Magrib berjemaah
- Solat Hajat
- Bacaan Yaasin
- Solat Isyak berjemaah
- Kata-kata aluan dari pengerusi majlis
- Ucapan Timbalan Pengarah IPGKPM, Datin Siti Hanifah bt Madarsa
- Tayangan "Kisah Satu Malam"
- Majlis bersurai

Terima kasih atas kehadiran Timbalan Pengarah, Datin Siti Hanifah bt Madarsa, pensyarah-pensyarah, warden-warden dan rakan-rakan guru pelatih. Diharapkan majlis yang diadakan ini mendapat keberkatan dan diberkati ALLAH s.w.t. Usaha tangga kejayaan. Ingatlah, mohon pada Yang Maha Esa. Sesungguhnya hanya dengan izinnya kita dapat mengecapi apa yang diimpikan.

"SELAMAT MENGULANGKAJI PELAJARAN"