Pendaftaran Pelajar Baharu Ambilan Jun 2010

Posted by JPPIPGKPM on 10:02 PM

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka mengucapkan tahniah kepada guru pelatih-guru pelatih baharu Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) dan Kursus Persediaan Program Ijazah Saujana Muda Perguruan (PPISMP) kerana mendaftar untuk mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru, Kampus Perempuan Melayu, Melaka. Anda adalah kalangan yang istimewa dan bertuah kerana terpilih untuk meneruskan pengajian di IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka. Semoga semua guru pelatih baharu dapat mengikuti pengajian di sini dengan jayanya.