PROGRAM HARI BERSAMA PDRM

Posted by JPPIPGKPM on 10:50 PM

Pada 3 Jun 2010 telah berlangsungnya satu program yang julung-julung kalinya diadakan di Institut Pendididikan Guru Kampus Perempuan Melayu (IPGKPM). Program tersebut adalah merupakan Program Hari Bersama PDRM anjuran di bawah JKKP, JHEP dan JPP IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka. Program ini berlangsung untuk jangka masa sehari iaitu dari pukul 8.00 pagi hingga 12.15 tengah hari. Pengisian program ini cukup pada dengan adanya juga sesi majlis forum.
Program Hari Besama PDRM adalah satu yang dapat mendedahkan guru pelatih dengan situasi yang sebenar dalam skop Polis Di Raja Malaysia. Pengurusan keselamatan dan kesejahteraan institusi merupakan satu tanggungjawab bersama yang perlu dihayati oleh semua pihak. Untuk melaksanakan agenda ini suatu kefahaman membanteras jenayah perlu diterapkan terlebih dahulu dalam kalangan warga institusi. Usaha murni ini bukan sahaja memerlukan komitmen yang menyeluruh dalam kalangan warga institusi bahkan keselematan dan ketenteraman awam negara.
Ketua Polis Negeri Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof dalam kenyataan akhbar 14 Mac 2010 berkata, kerjasama masyarakat terutama dalam menyampaikan maklumat berkaitan jenayah amat diperlukan oleh pihaknya dalam menangani suatu kes jenayah. Usaha menangani jenayah bukan terletak pada bahu pihak berkuasa semata-mata bahkan masyarakat perlu memainkan peranan menyalurkan maklumat untuk membanterasnya. Sikap enau dalam belukar perlu diubah kerana tidak membawa sebarang faedah apatah lagi apabila jenayah sudah berlaku.
Usaha ini bukan sahaja untuk membanteras jenayah seperti ragut atau samun., tetapi juga meliputi bentuk-bentuk jenayah yang lain. Tugas seperti ini perlu dilakukan secara bersepadu agar masalah masyarakat dipikul dan ditangani bersama. Justeru, IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka telah mengorak langkah untuk mengadakan Program Hari Bersama PDRM beserta pameran dan pendaftaran Rakan Cop.