ANNUAL GRAND IFTAR & KHATAM QURAN

Posted by JPPIPGKPM on 12:26 AM


Pada Khamis yang lalu bersamaan 26 Ogos 2010 (16 Ramadhan 1431H) telah berlangsung "ANNUAL GRAND IFTAR & KHATAM QURAN" di Balai Islam Saidatina Aisyah, IPG Kampus PM. Program kali ini telah disertai oleh pihak pentadbir kampus, staf akademik, staf sokongan dan guru pelatih IPG Kampus PM. Program kali ini telah diadakan dengan berkolaborasi bersama Kelab Staf IPG Kampus PM. Program ini diadakan awal daripada seminggu sebelum pulang bercuti hari raya kerana guru pelatih semester 2 dan 4 akan menjalani Program Berasaskan Sekolah (PBS) di rumah masing-masing bermula 30.Ogos-3 September 2010. Selain itu juga, guru pelatih PPISMP sem 1 dan 3 tidak dapat menyertai majlis kali ini kerana mereka ke Putrajaya untuk menjayakan Sambutan Kemerdekaan ke-53. Antara pengisian yang dijalankan ialah Iftar Jamaie seluruh warga IPG Kampus PM, Solat Jemaah, Tazkirah, Khatam Quran, Ucapan, Program Sahabat Mesra dan Moreh. Ini antara rakaman gambar yang sempat diambil :
Tazkirah : Amalan 10 akhir Ramadhan (Ustaz Faisol b Sheikh Ahmad)

Pensyarah turut hadir dalam memeriahkan majlis

Perarakan masuk bunga pahar dengan paluan kompang

Perarakan masuk qariah-qariah

Majlis khatam quran bermula



Ucapan oleh KJ JAPIM : Ustaz Ridzuan

Penyerahan sumbangan kepada GP
yang bergelar anak yatim, piatu, yatim piatu

Penyerahan sumbangan Sahabat Mesra kepada
En. Abu Bakar b Miskon (diwakili oleh KU GERKO)
yang kemalangan oleh Pengarah IPG Kampus PM.


Moga apa yang dijalani sewaktu bulan Ramadhan kali ini diteruskan pada bulan-bulan akan datang. Semoga kita dipanjangkan umur untuk bertemu dengan Ramadhan akan datang.