MAJLIS IFTAR JAMAIE & KHATAM QURAN
MAJLIS IFTAR JAMAIE & KHATAM QURAN PERINGKAT IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA 1431 H
Semua warga IPG Kampus PM dijemput hadir ke majlis Iftar Jama'i ( Berbuka Puasa ) & Khatam Al-Quran pada ketetapan berikut :
Tarikh : 16 Ramadhan 1431H / 26.8.2010
Hari : Khamis
Tempat : Balai Islam Saidatina 'Aisyah ( BISA )
Aturcara :
7:19 pm - Majlis Berbuka Puasa
7:45 pm - Solat Maghrib
8:00 pm - Ceramah oleh Al-Ustaz Faisol Bin Sheikh Ahmad
8:30 pm - Solat Isya' / Terawih / Witir
9:15 pm - Majlis Khatam Al-Quran
9:30 pm - Ucapan Pengerusi JK BISA
9:40 pm - Ucapan Penangguhan oleh Pengarah IPG Kampus PM
9:50 pm - Tayangan Video Ihya' Ramadhan IPG Kampus PM
10:00pm - Bersurai
Diharapkan semua guru pelatih dapat mengosongkan blok kediaman masing-masing pada jam 7 petang. Marilah sama-sama kita menjayakan majlis ini untuk kita lebih mengimarahkan kehidupan Ramadhan yang dikongsi bersama di IPG Kampus PM pada kali ini.
Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.
-Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-
0 Responses to "MAJLIS IFTAR JAMAIE & KHATAM QURAN"
Post a Comment