PERSIDANGAN MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGERI MELAKA 2010

Posted by JPPIPGKPM on 1:04 PM

Pada 2 September 2010 bersamaaan hari Khamis, telah berlangsung Persidangan Majlis Perundingan Belia Negeri Melaka 2010 anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Majlis Gabungan Belia Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka bertempat di Mahkota Hotel. Persidangan ini bertujuan untuk membincangkan isu-isu semasa belia dan mendapatkan cadangan yang boleh membantu dan membawa kebaikan kebaikan untuk kemajuan pembangunan belia Negeri Melaka khasnya dan Negara Malaysia amnya. Kerajaan negeri Melaka dengan lantikan Y.A. Ketua Menteri Melaka telah membuat perlantikan ahli persidangan bagi sesi 2010/2011. Yang Di Pertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Cik Norzarina bt Kamarudin telah menerima watikah perlantikan ahli persidangan dan selaku suara Mahasiswa dalam majlis ini. Antara institusi pengajian tinggi lain yang turut dilantik sebagai ahli majlis persidangan dan wakil suara Mahasiswa negeri Melaka ialah YDP MPP Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Bandaraya Melaka,YDP MPP Kolej Yayasan Melaka, Presiden MPP Institut Kemahiran Belia Negara Alor Gajah, Presiden MPP Institut Latihan Perindustrian BUkit Katil, Presiden MPP Kolej Kejururawatan Melaka dan Presiden MPP Kolej Antarabangsa Sains dan Teknologi Melaka (MICOST).
ucapan perasmian

ketua-ketua jabatan negeri Melaka yang hadir

penyampaian watikah perlantikan ahli majlis persidangan

ahli majlis persidangan

YDP dan PRESIDEN MPP IPTA/IPTS
yang dilantik sebagai suara mahasiswa

Dengan lahirnya lontaran idea-idea dan pandangan dari pihak suara Mahasiswa peringkat negeri Melaka diharapkan pihak berwajib dapat mengambil tindakan yang selanjutnya untuk kebaikan bersama.

"BELIA TUNJANG KEKUATAN NEGARA"