WELCOME TO IPGKPM FOR KPLI & J-QAF JAN 2011

Posted by JPPIPGKPM on 5:09 PM


Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2010/2011 mengucapkan TAHNIAH dan SELAMAT DATANG kepada semua guru pelatih KPLI dan J-QAF ambilan Januari 2011 iaitu seramai 162 orang yang akan mendaftar di Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka. Ketetapan pendaftaran seperti berikut:

Tarikh pendaftaran : 24 Januari 2011 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Srikandi
Pakaian : Formal(tudung bawal, baju kurung, kasut hitam bertutup)
*Sediakan akaun bank BSN (untuk elaun)
*Kenalpasti 2 orang iaitu :
penjamin 1 (salah seorang ibu/bapa), penjamin 2(gaji lebih 500 dan umur kurang daripada 45 tahun)taklimat mengisi borang perjanjian akan diberi semasa Minggu Pengurusan Pelajar Baharu.

Segala maklumat lanjut, boleh merujuk laman sesawang Jabatan Hal Ehwal Pelajar(JHEP) IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka. Selamat menjalani Minggu Pengurusan Pelajar Baharu dan menjadi warga kampus IPGKPM. Ahlan wa sahlan ke alam perguruan.