MPPB KPLI SR & JQAF AMBILAN JAN 2011

Posted by JPPIPGKPM on 1:05 PM

Pada 24 hingga 27 Januari yang lalu telah berlangsung Minggu Pengurusan Pelajar Baharu untuk guru pelatih KPLI SR dan JQAF ambilan Januari 2011. Pendaftaran guru pelatih baharu telah berlangsung di Dewan Srikandi pada jam 8 pagi sehingga 11 pagi pada 24 Januari 2011. Seramai 157 orang guru pelatih yang ditawarkan telah mendaftar sebagai warga IPG KPM. Program orientasi 4hari 3malam ini memberi peluang kepada guru prlatih baharu mengetahui keadaan di IPG dan kursus yang bakal dijalani selama setahun bagi KPLI SR dan 18 minggu bagi JQAF SR. Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2010/2011 mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam minggu pengurusan pelajar baharu kali ini. Terima kasih juga kepada semua guru pelatih baharu yang memberi kerjasama yang baik sewaktu sesi bersama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar. Gunakan masa yang ada diwaktu kursus ini untuk mengutip ilmu-ilmu bidang keguruan untuk dijadikan sebagai panduan kelak. Semoga guru pelatih baharu dapat menjalani kehidupan sebagai warga IPG KPM dengan baik dan selesa.

ahlan wasahlan wa marhaban bikum

Sesi pendaftaran

Menunggu giliran

Guru pelatih lelaki tidak ketinggalan dengan kain srikandi

Tudung srikandi

Sesi taklimat pihak pentadbiran dengan ibu bapa / penjaga

Tahniah, terpilih menjadi warga IPG KPM

Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

1 lelaki : 14 perempuan

Ready for treasure hunt

Cepat selesaikan

Futsal versi srikandi

Instructors senam robik

1 , 2 , 3